Monday, January 26, 2015

AKU by Najwa Latif

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Jumpa lagi untuk entri kali nie..Sebenarnya khusainikusi tiadalah idea untuk berceloteh tentang apa yang dilakukan sejak akhir2 nie..cuma kali nie banyak layan lagu yang ada henpon je..sebab banyak download lagu tapi amatlah jarang dengar lagu tersebut..buat penuh memori je kalau tak dengar kan...

So dengan itu Khusainikusi amek lah langkah yang pintar dan rajin ini study lagu2 yang ada dalam henpon kesayangan hamba...tak sangka pulak sangkut dengan satu ini, tajuknya AKU yang dinyanyikan oleh cik adik yang comel lote si NAJWA LATIF nie...best gak maksud yang cuba disampaikan dalam beliau yang sampaikan nie..actually lagu nie kalau dengar betul2 sebenarnya penuh dengan mesej2 keinsafan dan keutuhan untuk kembali semula percaya kepada sang Pencipta setelah berlaku sebarang musibah yang mungkin mencabar keimanan kita..

Selain daripada itu gak lagu ini juga berkaitan dengan perang dunia yang terjadi tak kira di Gaza ke..Palestin ke..yang mana telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah akibat perebutan kuasa yang pernah ada penghujungnya kesannya anak-anak telah hilang tempat bergantung (ibubapa), tiada tempat untuk berteduh dan hidup melarat...ishhhh2 kesian sungguh kalau boleh kita cuba untuk bayangkan...

Okey banyak pulak berceloteh kan...hihihi..Ape2 hal untuk korang lebih feeling2 lagi mengenai apa yang khusainikusi cuba kongsikan ini..Nah sila layan video lagu yang khusainikusi post kali nie berserta ngan liriknya sekali....
 

 AKU



Ku dengar tangisan di sana
Menangis memanggil ibunya
Ku lihat air mata di sana
Melihat perjuangan ayahnya

Tiada siapa yang akan mengerti
Rasa kehilangan yang ada di sisi
Perginya si raja hilangnya permaisuri
Hanya untuk melindungi
Kasih sayang abadi

Ku lihat awan yang sepi
Ketakutan sentiasa menghantui
Jeritan dan tangisan yang tidak didengari
Semua bagaikan satu mimpi
Mimpi yang tak pasti

Ingatlah dunia hanya sementara
Tuhan Yang Esa adalah segala-galanya
Walau kau disiksa walau kau dihina
Percayalah Tuhan selalu ada


Lagu : Aku
Artis : Najwa Latif 

 
Semoga perkara yang baik dapatlah kita kongsi bersama walaupun tidak secara langsung terkadang yang tersembunyi dan tersirat itu juga amat dalam pengertiannya...okey setakat ini sahaja...bye...

Tuesday, January 20, 2015

IM BACK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah Allah masih lagi panjangkan umurku dalam tahun ini. Tiada ucapan yang lebih layak bagiku adalah dengan mengucapkan syukur setinggi-tinggi ke atas kudratMU Ya Allah..

Kalau korang semua nak tahu ini first entri saya pada tahun ini. Disebabkan lupa password sebab lama tak update terus lupa tak bukak langsung..hihihi..Sibuk je membaca blog orang padahal blog sendiri ada..Yelah nk buat macam mana dah lupe kan....sekarang baru ingat setelah dah berjuta kali cuba login blog sendiri.

Harapan pada tahun tahun ini...eh!! baru nak sambut ke persoalannya?  hihihi ..Nak lah sambung balik taip entri..Moga diberikan kesihatan akal fikiran yang cerdas ..idea yang melimpah ruah untuk sambung penulisan yang zaman tok adam dah banyak tinggal ni kan....

Teruskan menyokong saya...sesungguhnya harapan dari sahabat blogger n follower semua akan saya jadikan doa serta ingatan untuk taip entri..Amin....

Okey lah setakat ini sahaja dahulu...cuma nak warm up balik je blog yang dah lama berkerak ni..saya nk buang habuk2 semua  supaya nampak cantik dan mesra bacaan gitu ...sekali lagi doakan saya agar sentiasa istiqamah yer...k bye2...




Wednesday, October 23, 2013

Aku yang malas mengupdate...

Assalamulaikum dan salam sejahtera ...

Sudah terlalu..terlalu...terlalu...terlalu lama Khusainikusi tak menulis entry baru di blog Khusainikusi Share Together ini..entah malas nk berbasa basi memberi alasan yang agaknyer orang ramai boleh nk fikir sendiri kalau tak malas mesti busy...tapi itu lah yang dialami oleh Khusainikusi sejak2 berbulan ini di tahun ini....macam tak mood aje...aduhai nape lah agaknyer..?



Tapi sejak setelah belek2 blog blogger2 yang lain minat untuk menulis 'datang' balik...tapi lama tue kot feeling tu nak datang balik...macam dah lama duduk kat dalam air baru lah naik ke darat...kesiannyer lah blogger yang hampir rapuh dan berkarat ini...angkara Khusainikusi sendiri...hukhukhuk.....

Apa2 hal doakan saya semoga terus beristiqamah dalam megupdate blog dahku ini yang sejak zaman dinasor ditinggalkan...hihihihi...

Okey lah...mungkin esok lusa akan mula kembali menulis dengan lebih serius....Doa2kan n keep support me...bye2....


P/s: Jangan lupa taw singgah kt blog Khusainikusi selalu...:)

Friday, February 22, 2013

Kisah tentang CINTA


Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECATIKAN, KESEDIAH, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau berusaha selamatkan diri.

Cinta sangat kebingungan sebab tak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. I berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

" KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN, " Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN.

" Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu sekali, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

" KEGEMBIRAAN! Tolong aku!, teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana menemukan perahu sehingga ia langsung tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi kaki CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama datanglah KECANTIKAN.

" KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!, teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, " Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut bersamaku. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lalulah KESEDIHAN. Lalu CINTA memujuk.

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu," kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, " Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..." kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perayunya.

Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, " oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itu itulah tiba-tiba terdengar suara, " CINTA ! mari cepat naik perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat orang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke arah perahunya itu, tepat sebelum sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkannya.

Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. " Oh, orang tua tadi? Dia  adalah waktu " WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya " Tapi, mengapa ia menyelematkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, " hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu...."


Khusainikusi: CINTA kepada Allah, Rasul, Ibu Bapa, Ummah, Kecemerlangan...Mari kite semua cinta semua sekali


Tuesday, February 19, 2013

Bisness kecil jangan pandang remeh

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Sedar diri khusainikusi dah lama tak menulis entry yang terkini...alahai banyaknyer lah komitmen tapi macam alasan aje buat khusainikusi....Tapi sekarang nie rasanya dah macam free aje..so mula lah timbul lah idea2 nak menaip semula...Hokey tajuk yang terpancul dalam kepala khusainikusi nie ialah " Jangan memandang rendah bisnes yang kecil " kenapa nak bincang mengenai hal ini..?? Sebab ada sebilangan kita berpandangan sebegitu...padahal dari sudut lain walaupun kecil dan sedikit diusahakan tetap mendatangkan hasil daripada takde langsung lagilah hampehhhh....





Kebanyakan orang yang berfikiran sebegini apabila ingin memulakan sesuatu perniagaan itu dalam fikiran diorang pasti nak mulakan bisnes yang besar2 aje, yang gempak2 , tempat yang highclass dan something yang nampak luxury...padahal bajetnyer ciput aje..last2 perancangan tersebut tergendala paling2 tidak terhenti terus.

Ini adalah merupakan impian dan gambaran yang salah, jangan memandang remeh bentuk perniagaan camni. Sebab semuanya bermula dari kecil dan akhirnya akan menjadi besar. Cuba kita lihat tokoh2 yang maju dalam bidang perniagaan lihat pada background diorang semuanya bermula dari bese2 aje. Nah tengoklah sekarang makan pun tak habis.

Persoalan mengapa Khusainikusi bergitu serius dan agak sentap menceritakan hal ini. Ini kerana bentuk peniagaan yang simple2 seperti jual pisang goreng di tepi-tepi jalan, jual burger dan macam2 lagi lah jenis perniagaan yang simpe boleh digambarkan oleh kita sering kali dipandang remeh dan bese2 saje...alasannya kurang enak, kotor dan kurang berkualiti...Ini adalah pandangan yang meleset sama sekali, mungkin ada sebilangan pengusaha kurang perihatin tapi ada je yang menjaga giler aspek2 sebegini...Oleh itu kita tidak boleh melabelkan semuanya begitu.

Luahan dan kesedaran ini telah muncul dalam diri bila mana Khusainikusi mula menyedarinya setelah buat kerja sambilan dalam sektor perniagaan ini dan akhirnya Khusainikusi faham bagaimana "mereka" rasa. Jangan bimbang atau risau untuk capai kejayaan bagi sesapa2 yang mula2 menjinakkan diri perniagaan sebegini, manalah taw dulu kedai kecil2 aje pastu dah berapa tahun ...amek kau~~~ bertambah maju..sape tahu..?? berkat kegigihan dan tidak putus asa itu jangan sesekali dipisahkan.

Harap dengan statement  yang tak seberapa sebegini dapat memotivasikan diri dan diri pembaca semua. Biar bentuk perniagaan itu kecil asalkan untungnya tidak putus,biar sedikit asalkan berkat. Sedikit lama2 berjaya..Sekian

P/S : sapa nak beli Kebab Turki Khusaini buat..?? sedap woo~~~~





Saturday, January 19, 2013

Respect & Negotation itu penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah lama rasanya Khusainkusi tidak menjengok dan menerjah blog yang paling disayangi 'sangat' nie...keterbatasan waktu dan hal2 lain menyebabkan khusainikusi terpaksa meninggalkan sebentar arena blogging ini...tapi tidak bermakna meninggalkan terus ye...cuma kalau terkadang menjenguk lah gak sekali sekala.Oho ~~~ Nie yang malas khusainikusi malas nak wat mukaddimah nie mesti rasa nak melalut panjang je pastu berbunga tahi ayam pulak...hahahaha

Ok straight to the point...ekceli baru-baru nie khusainikusi dapat seorang customer nie yang terlalu lah cerewet perangainya.Kalau bayar servicenyer tu baguslah..tapi haremm..x bayar pun..pastu nak suruh uruskan hal ehwal dia yang bagus2 aje...yang tak boleh tahan siap pantau lagi keje kiteorang ..sebab takut kiteorang tak buat keje..padahal pada ketika dan masa itu kami memang sedang menguruskan urusan beliau...Harap bersabar sikit ye kak...terkadang apabila pihak kami dah siapkan kerja yang diminta oleh pelanggan kami, pihak yang diatas sana pula tak settle kan kami punyer fail...bersangka baik mereka juga sibuk....

Nilai yang boleh diambil bila kita meminta tolong kepada seseorang tu hendaklah kita bersabar ....selaku pelanggan terkadang hendaklah bersabar...iye memang tidak dinafikan costumer is always right tetapi ia juga bergantung juga kepada keadaan. Permintaan haruslah sejajar perkhidmatan...ni tak... mintak yang melampau untuk ditunaikan ...kalau ditunaikan sekalipun hendaklah kita bersabar hendaknya... seperti contoh kita mintak tolong kat member kita pastu  tanpa bayaran hendaknya kita bersabar ketika mana dia sedang menguruskan urusan kita itu..dah kita minta tolong free pastu kita paksa-paksa pulak...wajarkah? atau memang suka dipaksa sebegitu...?



Oleh itu, satu nilai yang perlu diterapkan apabila kita jadi seorang costumer dalam mana perkhidmatan yang kita nak ambil...pastikan kita respect diorang dahulu buat kerja dan bagi kerjasama. Jika ada sebarang penambahbaikan sila tanamkan dalam diri tue nilai tolak ansur sikit...Tak percaya ...ia memang terbukti..sungguh tak tipu.. sesetengah costumer yang datang ke tempat Khusainikusi bekerja, mereka-mereka yang ada sifat sebegini kes dan urusan memang cepat selesai dari costumer yang banyak songeh dan kerenah....

Jika kita senang dengan kita, kerja yang dibuat pun senang diuruskan. Jika orang lain tidak berapa senang dengan kita ...korang faham2 lah sendiri...lambatlah urusan korang...oleh sentiasa bertolak ansur dan hormat menghormati walaupun kita datang kepada seseorang tersebut sebagai seorang costumer walaupun ada keadaan-keadaan yang tak boleh jadikan kita sabar...


 Khusainikusi : Tengah bosan2 nie..tak tahu  nak buat ape...


Monday, January 7, 2013

Tip-tip menabung

Assalamulaikum dan salam sejahtera




Dah lama tak post tip-tip yang khusainikusi boleh kongsi bersama...Almaklumlah sibuk bebenor sekarang nie...ye lah dah masuk alam pekerjaan, barulah khusainikusi taw camne suasana bekerja dan payahnya nak cari duit nie.Dulu masa jadi student tak rasa semua nie, semuanya pak cik PTPTN yang bagi, so menganga aje lah. Tiba masa nak amek duitkat ATM  semua orang akan berseri-seri je mukanya tak payah nak pakai pencuci pun tetap nampak suci..ahaks cam iklan lah pulak ayat khusainikusi nie...hihihihi

Berbalik pada perbincangan kita, bila kita dah mula bekerja mesti lah dapat duit apa yang korang akan buat..?? Enjoy?? Shopping? pegi belanja member2 atau tak tahu nak buat ape dengan duit tue...??

Kalau tak taw nak buat apa duit tue lebih baik disimpan untuk masa hadapan bagi yang belum berkahwin macam khusainikusi nie lebih baik menyimpan.Bagi yang baru  berumah tangga tue lebih baik buat satu simpanan untuk anak-anak.Sebab bagi sesetengah ( Khusainikusi mention nie) orang kalau dah dapat gaji bayar semua bil2 utiliti yang dapat pastu balance yang ada. Masa tue lah bercadang-cadang, berbincang-bincang, berangan-rangan nak beli sesuatu yang mana kalau kita tahu kalau beli tue kompom habis terus duit gaji tersebut.

So kat sini khusainikusi nak share sikit cara macam mana nak berjimat lantas bisa menabung ( sori versi Indon) :

1. Berbelanja dengan berkhemah

Berbelanja dengan berhemat dapat membantu   kita  untuk menabung dengan lebih afektif. Dengan hanya berbelanja apa yang diperlukan sahaja, kita semua mempunyai lebihan sedikit lebihan wang untuk disimpan.

2. Simpan di Bank

Khusainikusi percaya ramai yang diluar sana mempunyai akaun simpanan atau dalam bahasa arabnya ialah Wadiah. Kalau masih lagi tak buat,silakan berlari- lari anak ke bank yang terdekat untuk buka akaun... hihihi. Sebab menabung di bank adalah lebih selamat dan boleh mendapatkan faedah daripada bank. Kalau nak lagi best simpan kat bank yang takde ATM..kena pakai buku bank kalau nak keluar duit macam tabung haji ker ASB ker. Kalau korang nak keluarkan gak duitnya kena beratur lah...kalau tak ramai orang kat bank...kalau ramai..nasib ler....


3.Simpan dahulu sebelum belanja

Ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh sesetengah orang...Adakah korang termasuk sekali dalam golongan ini? Kalau termasuk beringat lah...letakkan aim dalam apa yang ingin kita belanjakan..Salah satunya cara nie lah ..simpan dulu pastu senaraikan apa yang kita nak beli ( yang penting2 je taw) pastu barulah belanja. Ini dapat meminimize perbelanjaan kita...Contoh yang boleh digambarkan disini ialah kita dapat duit RM500 pastu kita g shopping, semua barang kita nak cekau..tup2 tinggal RM 100 aje...cukup ke nak simpan dalam masa setahun...memandangkan gaji kita tersangatlah lumayan kalau menyimpan dari mula2 lagi...So fikirkankan lah...( khusainikusi pun ngah fikir gak nie)

4. Sediakan tabung untuk kecemasan

Setiap bulan adalah merupakan salah satu jalan terbaik untuk menabung tetapi janganlah terlalu asyik menabung sampaikan tidak menyediakan satu tabung back up  dalam proses kita menabung. Mana lah taw ada hal kecemasan ke nak pakai duit..takkan lah korang nak perabih duit tabungan plak kan...?? setidak adalah gak tabung yang lain yang kita tampung...x gitu...beringat sebelum kena...

khusainikusi: Dengan tetiba aje aku rasa cam menteri kewangan plak....hihihi


Post kan iklan ini please


nanti boleh chat sesama kita..:)




Tuesday, January 1, 2013

Ucapan sempena tahun 2013

Assalamulaikum dan salam sejahtera



Alhamdullilah dah masuk dah kita ke tahun baru yer...?? Disebabkan masuk tahun baru nie lah khusainikusi agak sibuk untuk menyediakan tugasan akhir sepanjang khusainikusi menjalani latihan industrial selama 2 bulan...rasa cam puas plak...walaupun singkat banyk ilmu sudah ditimba malahan rasa tamak untuk meneruskan praktikal ini sentiasa ada dalam diri....

Jika nak berbicara pasal azam tahun baru sebenarnya umat Islam dah lama dah sambut tahun baru...malahan masa tahun hijri tu dah khusainikusi dah pasang niat...ye lah tahu diri ini terlalu banyak dosa...tapi cuba untuk berubah sedikit demi sedikit...so perlukan masa...biarlah istiqamah janji jangan ditinggalkan....

Bagi yang akan memulakan sesi persekolahan berusahalah dengan bersungguh...Khusainikusi dah abis dah belajar tapi untuk peringkat Ijazah aje lah . Untuk peringkat Master masih lagi difikirkan2...Kalau ada rezeki dan kekuatan nak juga hajat dihati nak buat Master...nk harunkankan nama keluarga...Biar ada seorang dalam keluarga yang berkelulusan tinggi...tapi yang paling penting nanti kalau dah berjaya janganlah pulak keluarga disisihkan...( membebel lah plak aku nie)

Bagi yang baru mendirikan rumahtangga sementara nak masuk tahun baru nie...Khusainikusi tahniah sesangat...mulakan hidup dalam suasana kekeluargaan yang harmoni pada tahun masihi ini...jangan gaduh2...Yang dah lama berkahwin pulak pastu sedang menanti "orang baru" dalam keluarga tue pulak...Setinggi- tinggi tahniah ucapkan  kerana telah meramaikan umat manusia di dunia ini...Bukankah nabi berbangga kalau mempunyai anak yang ramai...





Bagi yang baru memulakan atau dapat offer kerja...tahniah diiucapkan....kerja tue elok2 sikit..barulah boss sayang. Kalau ada rezeki gaji pun naik pangkat pun tinggi nanti...mana lah tahu kan...??

Last sekali bagi sesiapa lah yang dalam dunia ini yang ingin memperolehi sesuatu perkara2 yang baik2 tue...gunalah anugerah/peluang/rezeki itu sebaik mungkin....kerana permulaan yang baik itu pengakhiran yang baik juga akan diperolehi...so bersyukurlah...Last sekali khusainikusi ucapkan selamat tahun baru...

Khusainikusi: apa lah yang aku mengarut nie...hihihihihi... 



Sunday, December 16, 2012

Cara Kupas Kulit Telur


Asslamulaikum dan salam sejahtera ...




Dulu Khusainikusi pernah tunjukkan kepada anda cara mengupas kentang dengan cara yang mudah sekarang ini dengan bantuan pak cik You Tube . Khusainikusi nak tunjuk cara macam mana nak kupas telur dengan cara yang mudah. Ia sesuai dipratikkan di rumah sahaja, sebab apa nanti orang tengok cam tak senonoh pulak. Bagi peniaga nasi lemak dan peniaga yang kebanyakkan makanan yang dijual banyak mengunakan telur rebus dalam masakan mereka amatlah tidak digalakkan mengunakan teknik ini dikhalayak ramai terutamanya costumer2 yang selalu berkunjung ke gerai anda. Ini untuk mengelakkan sebilangan mereka mengalami muntah hijau di hadapan gerai mereka...hahahaha




klik sini



Khusainikusi:Kalau berani buat ...tak berani tak payah buat...

Sunday, December 9, 2012

Cara Pantas Kupas Kentang

Assalamualaikum dan salam sejahtera




cara mudah nak kupas kentang dengan cepat. Kaedah nie senang sambil makan kuaci aje untuk sesape yang nk rush masak...boleh lah syorkan pada Mak-Mak yang kat umah tue...

P/S : selamat mencuba

Hobi curi pokok bunga

Assalamulaikum dan salam sejahtera


Ini bukan pasu tersebut..:)



SEGAMAT: Seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga penganggur mempunyai hobi pelik iaitu mencuri pokok bunga kerana selain terlalu meminati bidang penanaman tanaman berkenaan, ia dijual untuk menyara hidupnya.

Bagaimanapun, kegiatan lelaki itu yang mempunyai seorang anak berakhir selepas ditahan di rumah ibu bapanya di Jalan Buloh Kasap, di sini, ketika menyiram pokok bunga pada jam 4 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, suspek tinggal di sekitar Jalan Lebuh Raya Segamat-Kuantan dan menjadikan rumah orang tuanya sebagai pusat operasi menyimpan serta menjual bunga curi.

“Suspek memang minat menjaga serta menjual pelbagai pokok bunga serta tanaman hiasan. Dia menjualnya kepada suri rumah, rakan dan jiran pada harga antara RM10 sehingga RM15 bagi setiap pokok.

“Pada masa sama, orang tuanya berusia 50-an juga tidak tahu pokok bunga serta tanaman hiasan dipamerkan di halaman rumah mereka adalah hasil curi,” katanya.

Menurut Hanafi, pihaknya menahan suspek selepas menerima beberapa laporan dibuat peniaga tanaman hiasan serta bunga di sekitar bandar berkenaan yang kehilangan bunga ros, keladi, jenjarum juga kemboja, baru-baru ini.

P/s: entah apa lagi pencuri ni nak curi...

Sumber: myMetro

Thursday, December 6, 2012

Munajat Palestin

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera








KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar produk terapi, Anugerah International Sdn. Bhd. (Anugerah) dengan kerjasama Kosmo! akan menganjurkan program Munajat Palestin Bersama Imam Muda dan Ustazah Pilihan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu ini.

Prihatin dengan konflik kemanusiaan dan pencabulan hak asasi masyarakat di Palestin, program tersebut akan menghimpunkan seluruh umat Islam di sekitar Lembah Klang atas semangat persaudaraan dan bermunajat memohon pertolongan Allah.

Jurucakap Anugerah, Muhammad Khairul Azhar Ghazali berkata, Munajat Palestin tersebut akan menjelaskan situasi semasa yang berlaku di Palestin kepada yang hadir di samping menzahirkan sokongan moral kepada saudara sesama Islam di Palestin.

"Sudah jelas apa yang berlaku di Gaza, Palestin merupakan kekejaman ke atas manusia tidak berdosa dan diharapkan rakyat negara ini peka terhadap apa yang terjadi di sana.
"Melalui program ini, sokongan moral dan bantuan kewangan diharap sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan yang ditanggung mereka," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online

P/S: Perjuangan masih diteruskan walaupun berada jauh dari Gaza..jadikan perjuangan ini berterusan dan bukannya bermusim.Apa lagi jom kita pergi....: )

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Menang hadiah dengan KLIK MELANCONG dan  SENYUMAN DARLIE ...Hadiah menarik menanti anda...rugi tak join...:):)

Sunday, December 2, 2012

Sesedap mulut

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Persoalan? kenapa nak bincang pasal ini...adakah khusainikusi bengang dengan seseorang...yup memang kebengangan dan kekesalan  ini disalurkan kepada bentuk penulisan....kesal dengan  sifat manusia yang suka memandang rendah dan remeh akan keupayaan orang lain hnya dengan pandangan mata kasar sahaja...begitu mudah kan...??? tersangat lah salah pandangan tersebut....walaupun seseorang itu kurang bercakap dan kelihatan biasa-biasa sahaja pada pandangan mata TETAPI kita sebenarnya tak tahu bagaimana dengan tahap IQ dan pendidikannya...entah2 kita cakap dia bodoh lebih pandai dari yang kita sangkakan ...dah tak pasal2 dapat dosa kering free aje....

Kita tidak boleh menghukum orang hanya dengan melihat dia dari sudut luaran sahaja...dan melabelkan sesuatu itu dengan sifat yang tidak sewajarnya seperti contoh " alah dia tue masa dalam kelas nampak senyap je...nampak sangat tak pandaiyer tue" . Aha~~ ini adalah tanggapan yang sangat meleset. Ini kerana kepandaian dan kebijaksanaan itu bukanlah untuk ditunjukkan kepada orang ramai ...mungkin ada sebilangan orang kebijaksanaan itu nampak tetapi kena ingat ada juga kebijaksanaan seseorang itu tidak ditunjukkan...Apabila status kebijaksanaan itu tidak ditunjuk adakah perlu kita menilai bahawanya "mereka-mereka" itu kurang pandai???

sumbangan ikhlas Tan Seri google


sumbangan ikhlas Tan Seri google


Kalau mereka dengar apa penilaian kita terhadap mereka apa yang mereka rasa..?? Mungkin dari sudut negatifnya mereka mungkin akan marah dan tidak melampau untuk dikatakan mereka akan menaruh dendam terhadap kita...Aha~~ sapa tahu perasaan tak puas hati didalam hati tidak tertulis di dahi...tiada sapa yang tahu...betul tak...?? Tapi dari sudut positif dan penuh dengan sangka baik ini Khusainikusi rasa tidak kot..sebab mereka-mereka ini yang pandai ini tidak akan bertindak sedemikian sebab mereka pandai berfikir mana yang baiknya seseuatu keputusan....

Cuma orang yang mengelarkan mereka dari sudut luaran sahaja yang berfikiran itulah yang tak berapa nak pandai...tak fikir dulu sebelum mengelarkan mereka sedemikian...Oleh itu langkah untuk mengatasi perbuatan ini adalah bersangka baik dan buang dari diri sikap suka memandang rendah akan orang lain, walaupun kita ini pandai orangnya ada orang lebih pandai dari kita ....kalau mereka juga mengelarkan kita juga tak berapa nak pandai camne..?? Dalam hati pasti akan terasa juga kan...??

Akhir sekali jalanilah kehidupan dengan hati penuh dengan kegembiraan dan berbaiklah diantara satu sama lain....sebab bumi ini telah diciptakan oleh tuhan untuk bersatu diatara satu sama lain sesama manusia..disebalik penciptaan ada rahsia disebaliknya.

Khusainikusi: Diam2 ubi berisi...:) 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Menang hadiah dengan KLIK MELANCONG dan  SENYUMAN DARLIE ...Hadiah menarik menanti anda...rugi tak join...:):)

Thursday, November 22, 2012

Maafmu ku Terima

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedang Khusainikusi melilau  mencari sesuatu bahan untuk kita sama-sama berkongsi tetiba mata ini terarah pada satu gambar yang menarik , comel dan terkandung didalamnya pesanan yang tersurat yang mana sangat berkaitan dengan kehidupan sebagai manusia yang sentiasa menjalani kehidupan bersilaturahim diantara satu sama lain seperti hubungan kita dengan sahabat kita, dengan adik beradik atau orang ramai yang berada disekeliling kita....

Nak tahu apa petikan ayat tersebut ??

kucing cute



Sering tak terjadi dalam kehidupan kita...?? Pada pandangan Khusainikusi semua orang pernah merasai keadaan sebegini meminta maaf walaupun kita tidak pernak melakukan kesalahan yang tidak menyakitkan hati demi menjaga hubungan diantar satu sama lain tapi dalam konteks untuk merapatkan silaturarrahim dengan ORANG ramai bukan dengan MAKWE/ PAKWE yang tersayang itu dah kes lain ...lain kali kita bincang tue.


Perkara ini terjadi sebab kita ingin menjaga perasaan dia. Sebab dia lah satu rakan, indivindu yang boleh dikatakan rapat dengan kita. Yang mana tiada mereka kita akan merasakan sunyi dan berpecah belah.
Keyword yang perlu dipegang sentiasa merendah diri.Jangan merasa diri kita sahaja yang betul dan selalu tetapi terkadang kita terpaksa mengalah. Kenapa pulak....??? kerana orang sentiasa rendah diri dan sentiasa mengalah dengan cara senantiasa memohon maaf ini diibaratkan lembah yang rendah takungi air. Ramailah yang yang tertumpu kepadanya .


Dengan perumpamaan itu  maka akan timbulah satu perasaan selesa bersama dengan mereka. AKAN tetapi janganlah kita mengambil kesempatan kerana menimbulkan satu perasaan yang anoyying atau menyampah sebaliknya terima sahaja dengan hati yang terbuka yang mana akan melahirkan insan yang mempunyai hati yang penuh sifat kesabaran yang tinggi. Kesannya tahap keserabutan itu dapat ditangkis dan menjadi tenang menganggap perkara itu sebagai yang biasa-biasa aja. Memang agak susah untuk mengamalkan dan tidak semua orang dapat melakukannya.

Realitinya sebahagianya apabila permasalahan yang datang kepada kita akan mula menyampah dan malas untuk melayannya. Dengan disebabkan itulah kita harus mengubahnya.


Tapi apa salahnya kita mencuba dengan mengunakan apa yang dinyatakan dalam petikan dalam gambar tersebut...Khusainikusi juga telah cuba untuk menjadi itu...moga setiap yang diusahakan akan terus istiqamah dan sebati dalam diri. Insya-Allah . Dengan pengkongsian yang sekelumit akan dapat dikongsi bersama.

Khusainikusi: Okey cuba untuk membuka hati menerima maaf dari orang lain... kalau keterlaluan sangat kena consider lah gak...:)






Tuesday, November 20, 2012

Doa + Gaza

Assalamulaikum dan salam sejahtera





Dinihari perkhabaran mengenai mangsa kekejaman Israel terhadap penduduk Palestine tidak penah putus. Setiap saat dikhabarkan mangsa yang meninggal dunia angkara peluru yang hanya menurut perintah penarik picu senjata yang tiada perasaan..Allahuakbar...Dimana sifat simpati mereka ..? Adaka hberselindung disebalik hati busuk mereka atau kering diterangi bahang kebencian  dihati mereka seperti mana yang telah termaktub di dalam Al-Quran.





Walaupun berada jauh dan tidak berada ditempat tersebut. Tetapi hati-hati ini merintih kesedihan melihat bangsa yang seagama diperlakukan sebegitu sedangkan ada sebilangan kita masih lagi leka.. Ataupun sedang bermonolog dengan diri dengan beribu pesanan yang mengajak bersama memerangi apa yang dilakukan oleh Irael laknatullah ini dengan menyatakan bahawa ia adalah merupakan perkara yang merimaskan..Ayuh bangkit lah kedudukan yang masih selesa ini...Walaupun kita kita tidak memapah senjata, tidak memandu kereta kebal, tidak melancararkan mortar serangan...TETAPI kita punyai rahsia hebat iaitu doa yang telah dijanji akan dikabuli oleh Allah jika penindasan terjadi kepadan umat Islam ini...Yakin dengan Allah bahawasanya kemenangan akan muncul nanti..Bersangka baik dengan Allah kerana terdapat hikmah disebalik persoalan kenapa dicipta kita (Manusia) supaya memohon pertolongan dengan-NYA.

 Marilah kita memohon kepada Allah semoga saudara kita dibantu penjuangannya...Semoga dengan doa Qunut Nazilah dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi musuh Islam yang durjana...Tadahlah tanganmu ..pejamkanlah matamu...tunduk dan khusyuklah hatimu...tangisi setiap rangka doa yang dibaca dan bayangkan perjuangan mujahidin bertempur dengan semangatnya....





Jika rangka lagu yang menghiburkan hati itu boleh dihafal masakan doa yang ringkas ini dihafal..? jika dihafal ia merupakan satu hiburan bagi mereka yang berjuang menegakkan agama Allah disana kerana ini adalah jihad dari jauh disampaikan kepada Yang Maha Mendengar Allah S.W.T supaya dikabulkan bagi tiada lagi penindasan serta agama islam dimartabatkan. Insya-Allah...

Khusainikusi: Hancurx3 Israel Laknatullah...


Jangan Salahkan Orang lain Bila Gagal





SETIAP orang pasti mengalami pengalaman menghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan.

Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, ‘memang aku malas belajar’, atau ‘memang aku tidak berusaha dari awal lagi’, atau ‘aku malas berusaha’. Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. Kelemahan sendiri jarang pula dilihat, apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu. Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.




Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu ‘Bangau Oh Bangau’, meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya. Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra’d ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.

Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.

Dari Ustaz Zawawi Yusof

credit : suatuperjalananmaya.com


Khusainikusi: Segalanya bermula dari hari dan diri...:)

Monday, November 19, 2012

Hantar Video, Menang Hadiah

Assalamulaikum dan  Salam sejahtera

Alhamdulillah sejuk je hari ni sebab subuh tadi hujan turun rintik-rintik terasa nyaman apabila bangun dari tidur...Alhamdulillah Tuhan masih lagi memberi kesempatan untuk meneruskan hidup di bumi yang penuh bertuah ini. Hari ini Khusainikusi ingin membawa blogger berbicara mengenai sesuatu yang menarik yang ia haruslah dihargai. Ada tak sesuatu yang menarik kita tak hargai...mestilah ada walaupun sedikit.Terkadang sesuatu yang kecil pun kita hargai ini pulak yang besar nilainya kan..??

Sebenarnya Khusainikusi ingin membicarakan mengenai satu Peraduan nie dimana kita boleh buat satu video mengenai sesuatu yang menarik khususnya yang terdapat di Perak sama ada dari segi makanan tradisi negeri Perak, lokasi menarik, tokoh atau pahlawan dari negeri Perak, tempat bersejarah di Perak atau dialek yang terdapat di negeri tersebut.

Masa yang  dalam pembikinan video ini adalah ditetapkan selama 3 minit sahaja. Jadi, hantar lah video ini sekreatif yang mungkin jika nak menang hadiah. Oh ya..dah terlanjur cakap pasal hadiah nie...nak tahu lah juga apa hadiah yang ditawarkan untuk memenangi peraduan ni. Nak tahu tak...tak tahu rugi sesangat lah korang.Hadiah ialah wang tunai dan Ipad.

Akan tetapi hadiah tersebut akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu peringkat kebangsaan yang mana ia terbuka kepada semua orang. Manakala bahagian yang kedua pula terbuka kepada peringkat sekolah menengah Negeri Perak.Oleh kita boleh mana satu kita nak join tapi kategori yang kedua itu dikhususkan di dalam negeri Perak sahaja.Tapi kedua-duanya ohsem kalau dapat join....


Nak tahu macam mana nak join peraduan nie hanya klik KPERAK. Nanti korang akan dapat lihat page macam nie:



Bila dah keluar page home macam nie maka boleh klik Sertai Sekarang macam gambar dibawah ini :





Dah Klik Serta Sekarang maka isi lah segala apa yang diminta dalam borang tersebut. Senang aje ...kalau bertuah boleh menang hadiah...

So join sekarang masa masih banyak lagi...Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI untuk mengetahui terma dan syarat penyertaan.

Khusainikusi: Nanti kalau dah menang jangan lupe belanja Khusainikusi.....

Thursday, November 15, 2012

Cool Blog

Assalamualikum dan salam sejahtera


Sepertimana yang diketahui blog bukan setakat ditaip serta postkan entry itu saja tapi boleh juga diminum untuk menghilangkan dahaga. Alah ...sape kat sini pernah minum ice blanded camtu lah rupanya minuman tersebut cuma ia lebih dijanamakan dan kiosknya yang tersendiri. Minuman ini bukan hanya digemari oleh kanak-kanak sahaja abang budak, akak budak serta mak bapak juga amat mengemarinya juga.Khusainikusi yang berumur 23 ni juga tidak menafikan juga sejak diperkenalkan oleh member minum cool blog nie memang sedap rasa nak nampuluhnam kali aje minuman keramat nie...ketagih...hahahaha...





Mula dengar minuman cam tak caya juga...ada juga member blog yang jual minuman pada pandangan awal Khusainikusi...tapi Cehhhhh meleset sama sekali nama brand minuman nie rupanya..hahaha...cam kelakar je fikir awal...tapi kalau dipandang dari sudut yang lain ia juga boleh menaikan lagi institusi  blog yang sedang berkembang saban hari....* kalau x setuju x kisah pun.....

Perisa yang yang diperkenal oleh kiosk yang diusahakan semuanya selamat diminum dan korang mesti pernah rasa perasa tersebut. So tak payah lah risau sangat ia memang selamat untuk diminum...takkanlah nak jual minuman yang membunuh pulak kan... kan susah jadinyer....






Nak kenalpasti kiosk Cool Blog nie senang aje tak susah...colour nie memang kaum wanita atau gadis remaja amat mengemarinya budak kecik yang comel2 tue pon mesti suka...Apa lah kalau tak colour pink...mungkin ini adalah salah satu cara untuk menarik minat pelanggan datang kesitu dengan warna yang penuh ceria ini...


Harga yangditawarkan di Cool Blog nie berpatutan lah ...rasanya ia mampu dinikmati oleh semua orang...Perisa yang digunakan dilihat sesuai lah dengan harga yang ditawarkan ...So tak ragu2 lah kalau nak berbelanja beli minuman nie...Yang penting kalau ada sesuatu yang baik boleh dinikmati apa salahnya kalau kita nak mencuba sekali sekala....





Lagi berminat nak beli bila yang jadi model untuk minuman nie bekas pelajar AF Heliza yang comel dan bermta bulat tue cam muka budak tecik gitu...lagi lah budak2, mak budakn abang budak suka nank beli kan....hihihihi gurau...

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut lagi mengenai pasal minuman boleh layari laman web  Cool Blog  ni sendiri....


Sebelum tue Khusainikusi nak  promote sikit bagi sesiapa yang ingin memenangi Ipad boleh lah join pertandingan nie iaitu K-PERAK dengan cara menghantar satu video pendek yang berkait dengan sesuatu yang menarik kat Negeri Perak...join yer..rugi tak join....

Khusainikusi: Lebih best kalau ada orang belanja Cool Blog bertambah sedap untuk dinikmati..hihihihi




Wednesday, November 14, 2012

Salam Awal Muharam

Assalamulaikum dan salam sejahtera











Lagi beberapa minit aje lagi tahun di dalam bulan islam akan bertukar ke tahun baharu...Alhamdulillah sesungguh Allah itu Maha Pencipta yang mengetahui rahsia disebaliknya...Segala perancangan yang diaturkan oleh Allah tiada siapa yang tahu....Errrmmm ....apabila bercakap mengenai tahun baharu nie mesti setiap orang pasti akan mempunyai hajat serta sesuatu perubahan ini dirancang supaya menjadi nilai yang lebih berguna pada masa akan datang...rakan blogger ada hajat camtu...Walaupun perubahan itu perlu dibuat pada setiap masa ..tetapi niat untuk melakukan sesuatu perkara itu adalah dinilai terlebih dahulu oleh Allah...

Selain daripada berhajat untuk melakukan sesuatu perubahan didalam diri ...Jangan lupa taw dibulan awal Muharam ini juga terdapat banyak fadilat-fadilat yang ...kalau kita tak lakukan semua, salah satu di antaranya pun jadilah daripada tak buat langsung. Terceloteh pulak Khusainikusi ...okey lah diantara salah satunya ialah:-


1-Puasa .Maksud hadis : Barangsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. iaitu barang siapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.



2. Banyakkan melakukan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.


3. Berdoa dengan doa akhir tahun pada bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3 kali.

4.  Berdoa dengan doa awal tahun pada bulan Awal Muharam selepas Maghrib 3 kali.


Banyak amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan Awal Muharam ini sebenarnya..nanti Khusainikusi akan kongsikannya bersama. Biarlah yang sedikit ini diamalkan terlebih dahulu daripada tidak beramal langsung. Sikit2 asalkan dapat merasa....tak gitu...?? 


Okey lah nanti lepas solat asar nanti kita baca doa akhir tahunnyer...bersama lah kita mengimarahkan keberkatan bulan Islam yang telah diatur dengan penuh kebaikan yang tersirat seribu kebaikan di dalamnya.


KLIK SINI bantu Khusainikusi untuk sesape yang ingin menyertai pertandingan Filem Pendek yang berkaitan dengan negeri Perak


Khusainikusi: Jom kita nasyidkan bulan2 islam...  




Wednesday, November 7, 2012

Puisi Buat Wanita Yang Bercerai

Assalamualaikum dan salam sejahtera






Sering kali kita mendengar hanya pujian dan juga ucapan tahniah sahaja yang akan didengari apabila dua pasangan menjalani proses perkahwinan akan tetapi jarang sekali kita mendengar ucapan serta alunan pembimbing untuk salah satu pihak apabila telah menjalani proses perceraian. Kasihan pada mereka terutama kepada kaum wanita yang menjalani proses-proses perceraian. Ini kerana ia akan bertambah pahit dan perit apabila seorang wanita itu terpaksa menjalani dan menanggung perceraian itu seorang diri jika ia berpunca dari seroang lelaki yang bernama suami...kesian~~~Ini kerana sepanjang Khusainikusi membaca kes-kes yang ada difailkan Mahkamah ada juga sebahagiannya lelakinya begitu.Oleh bacalah serta hayatilah puisi ini :-


Wanitaku sayang,
Jangan sesekali berasa lemah,
Perceraianmu terkandung hikmah,
Ia bukan tanda kau bersalah,
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.

Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
... Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.

Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.

Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.

Wanitaku sayang,
Meskipun mereka insan ternama,
namun perceraian tetap menerpa,
itu tanda engkau dan suamimu tidak hina,
masing-masing ada sebabnya.

Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.

Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?

Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.

Wanitaku sayang,
Tika kau yang mulakan perceraian,
Ia rukhsah yang dimaafkan,
Selagi alasanmu bukan sebarangan,
Tegakkan hak Allah dalam ketaatan.

Wanitaku sayang,
Tika kau tekad inginkan perpisahan,
Kau berhak singkirkan kesengsaraan,
Berhikmahlah mengambil kelonggaran,
Menadah tangan, pohon keredhaan.

Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja.
 
 
Khusaikusi: Terkadang kita kena pandang dari sudut yang lain...Tak gitu..???