Sunday, December 9, 2012

Hobi curi pokok bunga

Assalamulaikum dan salam sejahtera


Ini bukan pasu tersebut..:)



SEGAMAT: Seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga penganggur mempunyai hobi pelik iaitu mencuri pokok bunga kerana selain terlalu meminati bidang penanaman tanaman berkenaan, ia dijual untuk menyara hidupnya.

Bagaimanapun, kegiatan lelaki itu yang mempunyai seorang anak berakhir selepas ditahan di rumah ibu bapanya di Jalan Buloh Kasap, di sini, ketika menyiram pokok bunga pada jam 4 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, suspek tinggal di sekitar Jalan Lebuh Raya Segamat-Kuantan dan menjadikan rumah orang tuanya sebagai pusat operasi menyimpan serta menjual bunga curi.

“Suspek memang minat menjaga serta menjual pelbagai pokok bunga serta tanaman hiasan. Dia menjualnya kepada suri rumah, rakan dan jiran pada harga antara RM10 sehingga RM15 bagi setiap pokok.

“Pada masa sama, orang tuanya berusia 50-an juga tidak tahu pokok bunga serta tanaman hiasan dipamerkan di halaman rumah mereka adalah hasil curi,” katanya.

Menurut Hanafi, pihaknya menahan suspek selepas menerima beberapa laporan dibuat peniaga tanaman hiasan serta bunga di sekitar bandar berkenaan yang kehilangan bunga ros, keladi, jenjarum juga kemboja, baru-baru ini.

P/s: entah apa lagi pencuri ni nak curi...

Sumber: myMetro

1 ulasan:

kitatauke said...

hahaha..kasi potong tangan..baru dia takot nak curi lagi..