Saturday, January 19, 2013

Respect & Negotation itu penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah lama rasanya Khusainkusi tidak menjengok dan menerjah blog yang paling disayangi 'sangat' nie...keterbatasan waktu dan hal2 lain menyebabkan khusainikusi terpaksa meninggalkan sebentar arena blogging ini...tapi tidak bermakna meninggalkan terus ye...cuma kalau terkadang menjenguk lah gak sekali sekala.Oho ~~~ Nie yang malas khusainikusi malas nak wat mukaddimah nie mesti rasa nak melalut panjang je pastu berbunga tahi ayam pulak...hahahaha

Ok straight to the point...ekceli baru-baru nie khusainikusi dapat seorang customer nie yang terlalu lah cerewet perangainya.Kalau bayar servicenyer tu baguslah..tapi haremm..x bayar pun..pastu nak suruh uruskan hal ehwal dia yang bagus2 aje...yang tak boleh tahan siap pantau lagi keje kiteorang ..sebab takut kiteorang tak buat keje..padahal pada ketika dan masa itu kami memang sedang menguruskan urusan beliau...Harap bersabar sikit ye kak...terkadang apabila pihak kami dah siapkan kerja yang diminta oleh pelanggan kami, pihak yang diatas sana pula tak settle kan kami punyer fail...bersangka baik mereka juga sibuk....

Nilai yang boleh diambil bila kita meminta tolong kepada seseorang tu hendaklah kita bersabar ....selaku pelanggan terkadang hendaklah bersabar...iye memang tidak dinafikan costumer is always right tetapi ia juga bergantung juga kepada keadaan. Permintaan haruslah sejajar perkhidmatan...ni tak... mintak yang melampau untuk ditunaikan ...kalau ditunaikan sekalipun hendaklah kita bersabar hendaknya... seperti contoh kita mintak tolong kat member kita pastu  tanpa bayaran hendaknya kita bersabar ketika mana dia sedang menguruskan urusan kita itu..dah kita minta tolong free pastu kita paksa-paksa pulak...wajarkah? atau memang suka dipaksa sebegitu...?



Oleh itu, satu nilai yang perlu diterapkan apabila kita jadi seorang costumer dalam mana perkhidmatan yang kita nak ambil...pastikan kita respect diorang dahulu buat kerja dan bagi kerjasama. Jika ada sebarang penambahbaikan sila tanamkan dalam diri tue nilai tolak ansur sikit...Tak percaya ...ia memang terbukti..sungguh tak tipu.. sesetengah costumer yang datang ke tempat Khusainikusi bekerja, mereka-mereka yang ada sifat sebegini kes dan urusan memang cepat selesai dari costumer yang banyak songeh dan kerenah....

Jika kita senang dengan kita, kerja yang dibuat pun senang diuruskan. Jika orang lain tidak berapa senang dengan kita ...korang faham2 lah sendiri...lambatlah urusan korang...oleh sentiasa bertolak ansur dan hormat menghormati walaupun kita datang kepada seseorang tersebut sebagai seorang costumer walaupun ada keadaan-keadaan yang tak boleh jadikan kita sabar...


 Khusainikusi : Tengah bosan2 nie..tak tahu  nak buat ape...


Monday, January 7, 2013

Tip-tip menabung

Assalamulaikum dan salam sejahtera




Dah lama tak post tip-tip yang khusainikusi boleh kongsi bersama...Almaklumlah sibuk bebenor sekarang nie...ye lah dah masuk alam pekerjaan, barulah khusainikusi taw camne suasana bekerja dan payahnya nak cari duit nie.Dulu masa jadi student tak rasa semua nie, semuanya pak cik PTPTN yang bagi, so menganga aje lah. Tiba masa nak amek duitkat ATM  semua orang akan berseri-seri je mukanya tak payah nak pakai pencuci pun tetap nampak suci..ahaks cam iklan lah pulak ayat khusainikusi nie...hihihihi

Berbalik pada perbincangan kita, bila kita dah mula bekerja mesti lah dapat duit apa yang korang akan buat..?? Enjoy?? Shopping? pegi belanja member2 atau tak tahu nak buat ape dengan duit tue...??

Kalau tak taw nak buat apa duit tue lebih baik disimpan untuk masa hadapan bagi yang belum berkahwin macam khusainikusi nie lebih baik menyimpan.Bagi yang baru  berumah tangga tue lebih baik buat satu simpanan untuk anak-anak.Sebab bagi sesetengah ( Khusainikusi mention nie) orang kalau dah dapat gaji bayar semua bil2 utiliti yang dapat pastu balance yang ada. Masa tue lah bercadang-cadang, berbincang-bincang, berangan-rangan nak beli sesuatu yang mana kalau kita tahu kalau beli tue kompom habis terus duit gaji tersebut.

So kat sini khusainikusi nak share sikit cara macam mana nak berjimat lantas bisa menabung ( sori versi Indon) :

1. Berbelanja dengan berkhemah

Berbelanja dengan berhemat dapat membantu   kita  untuk menabung dengan lebih afektif. Dengan hanya berbelanja apa yang diperlukan sahaja, kita semua mempunyai lebihan sedikit lebihan wang untuk disimpan.

2. Simpan di Bank

Khusainikusi percaya ramai yang diluar sana mempunyai akaun simpanan atau dalam bahasa arabnya ialah Wadiah. Kalau masih lagi tak buat,silakan berlari- lari anak ke bank yang terdekat untuk buka akaun... hihihi. Sebab menabung di bank adalah lebih selamat dan boleh mendapatkan faedah daripada bank. Kalau nak lagi best simpan kat bank yang takde ATM..kena pakai buku bank kalau nak keluar duit macam tabung haji ker ASB ker. Kalau korang nak keluarkan gak duitnya kena beratur lah...kalau tak ramai orang kat bank...kalau ramai..nasib ler....


3.Simpan dahulu sebelum belanja

Ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh sesetengah orang...Adakah korang termasuk sekali dalam golongan ini? Kalau termasuk beringat lah...letakkan aim dalam apa yang ingin kita belanjakan..Salah satunya cara nie lah ..simpan dulu pastu senaraikan apa yang kita nak beli ( yang penting2 je taw) pastu barulah belanja. Ini dapat meminimize perbelanjaan kita...Contoh yang boleh digambarkan disini ialah kita dapat duit RM500 pastu kita g shopping, semua barang kita nak cekau..tup2 tinggal RM 100 aje...cukup ke nak simpan dalam masa setahun...memandangkan gaji kita tersangatlah lumayan kalau menyimpan dari mula2 lagi...So fikirkankan lah...( khusainikusi pun ngah fikir gak nie)

4. Sediakan tabung untuk kecemasan

Setiap bulan adalah merupakan salah satu jalan terbaik untuk menabung tetapi janganlah terlalu asyik menabung sampaikan tidak menyediakan satu tabung back up  dalam proses kita menabung. Mana lah taw ada hal kecemasan ke nak pakai duit..takkan lah korang nak perabih duit tabungan plak kan...?? setidak adalah gak tabung yang lain yang kita tampung...x gitu...beringat sebelum kena...

khusainikusi: Dengan tetiba aje aku rasa cam menteri kewangan plak....hihihi


Post kan iklan ini please


nanti boleh chat sesama kita..:)




Tuesday, January 1, 2013

Ucapan sempena tahun 2013

Assalamulaikum dan salam sejahtera



Alhamdullilah dah masuk dah kita ke tahun baru yer...?? Disebabkan masuk tahun baru nie lah khusainikusi agak sibuk untuk menyediakan tugasan akhir sepanjang khusainikusi menjalani latihan industrial selama 2 bulan...rasa cam puas plak...walaupun singkat banyk ilmu sudah ditimba malahan rasa tamak untuk meneruskan praktikal ini sentiasa ada dalam diri....

Jika nak berbicara pasal azam tahun baru sebenarnya umat Islam dah lama dah sambut tahun baru...malahan masa tahun hijri tu dah khusainikusi dah pasang niat...ye lah tahu diri ini terlalu banyak dosa...tapi cuba untuk berubah sedikit demi sedikit...so perlukan masa...biarlah istiqamah janji jangan ditinggalkan....

Bagi yang akan memulakan sesi persekolahan berusahalah dengan bersungguh...Khusainikusi dah abis dah belajar tapi untuk peringkat Ijazah aje lah . Untuk peringkat Master masih lagi difikirkan2...Kalau ada rezeki dan kekuatan nak juga hajat dihati nak buat Master...nk harunkankan nama keluarga...Biar ada seorang dalam keluarga yang berkelulusan tinggi...tapi yang paling penting nanti kalau dah berjaya janganlah pulak keluarga disisihkan...( membebel lah plak aku nie)

Bagi yang baru mendirikan rumahtangga sementara nak masuk tahun baru nie...Khusainikusi tahniah sesangat...mulakan hidup dalam suasana kekeluargaan yang harmoni pada tahun masihi ini...jangan gaduh2...Yang dah lama berkahwin pulak pastu sedang menanti "orang baru" dalam keluarga tue pulak...Setinggi- tinggi tahniah ucapkan  kerana telah meramaikan umat manusia di dunia ini...Bukankah nabi berbangga kalau mempunyai anak yang ramai...





Bagi yang baru memulakan atau dapat offer kerja...tahniah diiucapkan....kerja tue elok2 sikit..barulah boss sayang. Kalau ada rezeki gaji pun naik pangkat pun tinggi nanti...mana lah tahu kan...??

Last sekali bagi sesiapa lah yang dalam dunia ini yang ingin memperolehi sesuatu perkara2 yang baik2 tue...gunalah anugerah/peluang/rezeki itu sebaik mungkin....kerana permulaan yang baik itu pengakhiran yang baik juga akan diperolehi...so bersyukurlah...Last sekali khusainikusi ucapkan selamat tahun baru...

Khusainikusi: apa lah yang aku mengarut nie...hihihihihi...