Monday, January 7, 2013

Tip-tip menabung

Assalamulaikum dan salam sejahtera




Dah lama tak post tip-tip yang khusainikusi boleh kongsi bersama...Almaklumlah sibuk bebenor sekarang nie...ye lah dah masuk alam pekerjaan, barulah khusainikusi taw camne suasana bekerja dan payahnya nak cari duit nie.Dulu masa jadi student tak rasa semua nie, semuanya pak cik PTPTN yang bagi, so menganga aje lah. Tiba masa nak amek duitkat ATM  semua orang akan berseri-seri je mukanya tak payah nak pakai pencuci pun tetap nampak suci..ahaks cam iklan lah pulak ayat khusainikusi nie...hihihihi

Berbalik pada perbincangan kita, bila kita dah mula bekerja mesti lah dapat duit apa yang korang akan buat..?? Enjoy?? Shopping? pegi belanja member2 atau tak tahu nak buat ape dengan duit tue...??

Kalau tak taw nak buat apa duit tue lebih baik disimpan untuk masa hadapan bagi yang belum berkahwin macam khusainikusi nie lebih baik menyimpan.Bagi yang baru  berumah tangga tue lebih baik buat satu simpanan untuk anak-anak.Sebab bagi sesetengah ( Khusainikusi mention nie) orang kalau dah dapat gaji bayar semua bil2 utiliti yang dapat pastu balance yang ada. Masa tue lah bercadang-cadang, berbincang-bincang, berangan-rangan nak beli sesuatu yang mana kalau kita tahu kalau beli tue kompom habis terus duit gaji tersebut.

So kat sini khusainikusi nak share sikit cara macam mana nak berjimat lantas bisa menabung ( sori versi Indon) :

1. Berbelanja dengan berkhemah

Berbelanja dengan berhemat dapat membantu   kita  untuk menabung dengan lebih afektif. Dengan hanya berbelanja apa yang diperlukan sahaja, kita semua mempunyai lebihan sedikit lebihan wang untuk disimpan.

2. Simpan di Bank

Khusainikusi percaya ramai yang diluar sana mempunyai akaun simpanan atau dalam bahasa arabnya ialah Wadiah. Kalau masih lagi tak buat,silakan berlari- lari anak ke bank yang terdekat untuk buka akaun... hihihi. Sebab menabung di bank adalah lebih selamat dan boleh mendapatkan faedah daripada bank. Kalau nak lagi best simpan kat bank yang takde ATM..kena pakai buku bank kalau nak keluar duit macam tabung haji ker ASB ker. Kalau korang nak keluarkan gak duitnya kena beratur lah...kalau tak ramai orang kat bank...kalau ramai..nasib ler....


3.Simpan dahulu sebelum belanja

Ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh sesetengah orang...Adakah korang termasuk sekali dalam golongan ini? Kalau termasuk beringat lah...letakkan aim dalam apa yang ingin kita belanjakan..Salah satunya cara nie lah ..simpan dulu pastu senaraikan apa yang kita nak beli ( yang penting2 je taw) pastu barulah belanja. Ini dapat meminimize perbelanjaan kita...Contoh yang boleh digambarkan disini ialah kita dapat duit RM500 pastu kita g shopping, semua barang kita nak cekau..tup2 tinggal RM 100 aje...cukup ke nak simpan dalam masa setahun...memandangkan gaji kita tersangatlah lumayan kalau menyimpan dari mula2 lagi...So fikirkankan lah...( khusainikusi pun ngah fikir gak nie)

4. Sediakan tabung untuk kecemasan

Setiap bulan adalah merupakan salah satu jalan terbaik untuk menabung tetapi janganlah terlalu asyik menabung sampaikan tidak menyediakan satu tabung back up  dalam proses kita menabung. Mana lah taw ada hal kecemasan ke nak pakai duit..takkan lah korang nak perabih duit tabungan plak kan...?? setidak adalah gak tabung yang lain yang kita tampung...x gitu...beringat sebelum kena...

khusainikusi: Dengan tetiba aje aku rasa cam menteri kewangan plak....hihihi


Post kan iklan ini please


nanti boleh chat sesama kita..:)




8 ulasan:

Sabella Mohamad said...

thanks sharing ^^

Bunda_nora said...

gud info..tq

Unknown said...

tabung kecemasan tu setuju. tpi tak sampai kecemasan dah cemas dulu nak guna. hue hue

ORKED said...

nice sharing.
ada jugak yg saya follow stepnya.. tapi duit ttp habis . :D

khusainikusi said...

owh yeke..xper..latih diri untuk hnya berbelanja pd yg betul2 penting shja... alah membeli menang memakai...

NAZREEN WAI said...

HARAPKAN TABUNG KLU ADA MASALAH, MLS NK KLUARKAN DUIT DI BANK.

NAZREEN WAI said...

HARAPKAN TABUNG KLU ADA MASALAH, MLS NK KLUARKAN DUIT DI BANK.

Akhelaken said...

pernah dgr tips ni: bahagikan pendapatan/gaji bersih kita kpd 3 bahagian. bahagian 1st utk byr hutang, 2nd utk kegunaan harian & 3rd utk simpanan.. sharing is caring :)
utk bhgian siimpanan tu lbh baik simpan kat ASB ada jugak untungnya kan..