Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Assalamulaikum dan salam sejahtera....

Sedar atau perbezaan antara hari raya aidlfitri dengan hari raya aidiladha tidak jauh perbezaannya dari segi tempoh masa...tapi alhamdulillah kedua perayaan ini disambut dengan tujuan untuk meraikan sesuatu pengorbanan yang telah dilakukan....


 


Mengulas dengan lebih lanjut lagi mengenai pengorbanan yang sinonim dengan aidiladha ini. Setiap pengorbanan haruslah dihargai dan difikirkan hikmah disebaliknya..mengapa ia patut diraikan...?? Ia bagi menghayati nilai pengorbanan itu sendiri...terkadang jika ia merupakan sesuatu yang baik dan mengandungi seribu keberktan serta kebaikan jika melakukanya ia wajar untuk dilakukan kerana semua itu akan dinilai oleh sang Pencipta iaitu Allah s.w.t...


Oleh itu selamat menyambut hari raya Aidiladha....semoga ikhlas dalam setiap pengorbanan yang dilakukan....

Khusainikusi: Jom pi solat ramai2 esok kat masjid....

Sunday, October 21, 2012

Hanya Kerana Perkataan " GILE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




buda kecik kena bunuh


Korang baca tak surat khabar kosmo online hari nie citer pasal budak yang gara2 mengejek dua orang lelaki kemboja dengan perkataan " GILE" maka nasib yang diterima budak kecik yang berumur 5 tahun ini mati di tangan mereka...Sungguh tragis....Perkataan yang tidak mampu difahami oleh budak kecik terkadang jangan diambil kira..mungkin mereka sudah terbiasa mendengar dari kawan  yang sebaya dengan mereka ..oleh itu jangan ambil hati...kalau nak tegur boleh TAPI jangan lah dengan PERBUATAN untuk menasihati dan mengajar mereka...Persoalan adakah ini salah kita semua...sesuatu itu tidak akan diungkap jika tiada orang yang memulakannya terlebih dahulu..?? So fikir betul2 ..terkadang kita juga ucapkan juga perkataan giler dengan nada yang kasar bila kita marah dan sedang masa itu anak kita juga mendengarnya....pastu kita boleh cool je sebut perkataan tu...adakah kita juga dikatakan sebagai salah faktor ini terjadi...MUNGKIN...siapa tahu....??


Bertamabah geram lagi apabila sudah di bunuh bedak kecik ni ...siap boleh berpura-pura nak cari budak kecik yang kena bunuh lagi...Ya Allah ...diorang ni manusia ke hantu..? Kalau kita ada adik memang dah terbiasa mendengar adik2 kita cakap mende yang tak baik kat rumah yang mana hasil PERKATAAN tersebut diperolehi dari kawan kat luar sana..TAPI tak lah sampai nak membunuh adik sendiri...sekadar tegur dan beri sedikit ancaman aje lah tapi tak buat betul2...


Ishhh apa lah nak jadi dengan dunia sekarang...membunuh itu dilihat seperti membunuh nyamuk sahaja...dimana nilai belas ehsan sesama manusia...adakah telah dibunuh lama suatu masa dahulu...Oleh itu, kalau budak kecik cakap something yang anoyying kat korang so wat tak tahu aje...ishhh ngan budak kecik pon nak gaduh..wat malu aje....

Khusainikusi: Anggap sahaja budak kecik tue tengah nyanyi kat depan korang.... 


Credit to : Kosmo Online







Jana Pendapatan dengan SAYS.COM

Assalamulaikum dan salam sejahtera


Lega dan rasa nyama aje kepala ni sebab dah nk hampir settle semua kerja masa last sem nie....alhamdulillah...dahku berjaya juga menamatkan pengajian ku ini di bumi KUIS yang sejahtera dan aman ini * kasi angkat lah sangat....Maka proses untuk me" settle"kan kerja final touch sem last ni tersangat lah perit...dan banyak menelan belanja yang banyak...so duit sponsor sudah sikit dikeluarkan.....

So kaedahnyer nak jana balik pendapatan itu, maka Khusainikusi berbesar hati nak mengajar korang semua terutama yang tercari iklan ape yang sesuai ..... So  iklan SAYS.COM  diantara yang boleh menambah balik  nilai duit korang yang semakin susut tue....


Tapi sebelum tu...SAY.COM nie apa fungsi dia yer..?? Nak tahu nie lah fungsi dia :





klik gambar untuk jelas





Tak kisah lah korang discover ker @ Share ker @ Discuss ker..?? apa yang korang buat dalam SAYS.COM nie semuanya akan mendatangkan hasil...dari mula korang share info  yang menarik yang terdapat dalam SAYS.COM   sampai invite orang untuk join SAYS.COM semuanya mendatangkan hasil...Khusainikusi pun dah merasa cashout duit dari SAYS.COM nie....kaedah yang mudah untuk promote iklan yang terdapat dalam SAYS.COM nie mudah aje kat facebook  and twitter atau kat mana2 laman sosial yang lain pon boleh....mudah aje kan..?? So apa tunggu lagi jom lah daftar...


1. Mula klik SINI



macam nie halaman dashboard says.com




Lepas tue klik butang " SIGN UP "





2. Pastu , keluar lah acount macam nie



Isi form nie dan klik button " Create my account"






Mudah je kan ...kalau invite sesape yang join SAYS.COM nie lagi bertambah lah income korang ...tak rugi join...hanya klik dan korang akan menikmati rezeki yang telah tersedia ada nie....


Jom ramai join SAYS.COM 
klik SINI


Khusainikusi: Jangan takut nk join..nie tak tipu~~


Wednesday, October 17, 2012

Sem LAst Ku

Assalamulaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah....lama sudah tidak menjenguk serta mengintai blog yang ditinggalkan sekurun dua nie...disebabkan kekangan waktu menyebabkan blog ini tidak diisi dengan sebarang input kerana sibuk sesangat nak menghabiskan final touch masa sem last nie.....

Maka dengan ini berakhir lah sudah sesi pengajian ku dalam Ijazah Perundangan ..huhuhu...memang agak susah mempelajarinya akan tetapi semuanya Insya-Allah telah berjaya diharungi dengan penuh tabah dan cekal malah telah berada di peringkat terakhir untuk mengapai kejayaan...Insyak-Allah...


Disepanjang pengajian ini pelbagai cabaran telah ku lalui...bermula dari awal pengajian hinggalah keakhir pengajian. Semua yang telah ku lalui ini telah mematangkan aku dalam berhadapan dengan masalah yang mendatang.Terima kasih diucapkan pada sahabat-sahabat yang sudi membantu aku disepanjang pengajianku..tanpa mereka aku tidak keseorangan ...tanpa mereka tidak akan aku menapak lebih lama dalam bidang pengajian ku...tanpa mereka dapat meringan penderitaan dalam menyempurnakan pengajian ku...Oleh itu TERIMA KASIH sahabatku kalian....




Selain daripada itu Terima kasih kepada para pensyarah yang selama memberi keputusan permarkahan  dalam setiap assigment  tak seberapa yang aku buat tue ... hahaha...walaupun ada yang yang sedikit pun sangat lah dahku hargai...trima tidak terhingga diatas tip2 yang berguna dan nasihat yang berguna diberikan kepada dahku...pasti akan dihargai dan diguna pakai suatu masa kelak.....


Kepada mak cik Cleaner yang sudi membersihkan lantai di koridor...Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana memberikan suasana yang bersih dan nyaman sepanjang tempoh pengajian ku di bumi KUIS yang bertuah ini....alhamdulillah...tima kasih mak cik~~~


Ucapan terima kasih ini juga di lanjutkan juga kepada sahabat yang pernah berpesatuan dengan dahku sepanjang pengajian ...syukran jazilan* arab sikit...kerana telah mengajar serba sedikit pengurusan sesebuah organisasi apabila kita nk berkerja nanti walaupun ia kecik sekalipun namun dihati dahku ini ia adalah merupakan rahmat bagi seluruh alam...


Last sekali berbilion -bilion terima kasih pada yang terlibat secara lansung @ secara tidak langsung disepanjang pengajian ku ini kalau tersentap,rase cam kene perli ke @ termarah ker...minta maaf berbanyak...tak sengaja....hihihihi...kalau jmpe nk mnta maaf nanti boleh belanja sesepam dua...hahaha

Oleh itu sahabat semua boleh lah kita semua jumpe lagi sem depan...tata


Khusaini Kusi: mood : sedih nk berpisah~~