Wednesday, October 17, 2012

Sem LAst Ku

Assalamulaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah....lama sudah tidak menjenguk serta mengintai blog yang ditinggalkan sekurun dua nie...disebabkan kekangan waktu menyebabkan blog ini tidak diisi dengan sebarang input kerana sibuk sesangat nak menghabiskan final touch masa sem last nie.....

Maka dengan ini berakhir lah sudah sesi pengajian ku dalam Ijazah Perundangan ..huhuhu...memang agak susah mempelajarinya akan tetapi semuanya Insya-Allah telah berjaya diharungi dengan penuh tabah dan cekal malah telah berada di peringkat terakhir untuk mengapai kejayaan...Insyak-Allah...


Disepanjang pengajian ini pelbagai cabaran telah ku lalui...bermula dari awal pengajian hinggalah keakhir pengajian. Semua yang telah ku lalui ini telah mematangkan aku dalam berhadapan dengan masalah yang mendatang.Terima kasih diucapkan pada sahabat-sahabat yang sudi membantu aku disepanjang pengajianku..tanpa mereka aku tidak keseorangan ...tanpa mereka tidak akan aku menapak lebih lama dalam bidang pengajian ku...tanpa mereka dapat meringan penderitaan dalam menyempurnakan pengajian ku...Oleh itu TERIMA KASIH sahabatku kalian....




Selain daripada itu Terima kasih kepada para pensyarah yang selama memberi keputusan permarkahan  dalam setiap assigment  tak seberapa yang aku buat tue ... hahaha...walaupun ada yang yang sedikit pun sangat lah dahku hargai...trima tidak terhingga diatas tip2 yang berguna dan nasihat yang berguna diberikan kepada dahku...pasti akan dihargai dan diguna pakai suatu masa kelak.....


Kepada mak cik Cleaner yang sudi membersihkan lantai di koridor...Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana memberikan suasana yang bersih dan nyaman sepanjang tempoh pengajian ku di bumi KUIS yang bertuah ini....alhamdulillah...tima kasih mak cik~~~


Ucapan terima kasih ini juga di lanjutkan juga kepada sahabat yang pernah berpesatuan dengan dahku sepanjang pengajian ...syukran jazilan* arab sikit...kerana telah mengajar serba sedikit pengurusan sesebuah organisasi apabila kita nk berkerja nanti walaupun ia kecik sekalipun namun dihati dahku ini ia adalah merupakan rahmat bagi seluruh alam...


Last sekali berbilion -bilion terima kasih pada yang terlibat secara lansung @ secara tidak langsung disepanjang pengajian ku ini kalau tersentap,rase cam kene perli ke @ termarah ker...minta maaf berbanyak...tak sengaja....hihihihi...kalau jmpe nk mnta maaf nanti boleh belanja sesepam dua...hahaha

Oleh itu sahabat semua boleh lah kita semua jumpe lagi sem depan...tata


Khusaini Kusi: mood : sedih nk berpisah~~

0 ulasan: