Monday, November 19, 2012

Hantar Video, Menang Hadiah

Assalamulaikum dan  Salam sejahtera

Alhamdulillah sejuk je hari ni sebab subuh tadi hujan turun rintik-rintik terasa nyaman apabila bangun dari tidur...Alhamdulillah Tuhan masih lagi memberi kesempatan untuk meneruskan hidup di bumi yang penuh bertuah ini. Hari ini Khusainikusi ingin membawa blogger berbicara mengenai sesuatu yang menarik yang ia haruslah dihargai. Ada tak sesuatu yang menarik kita tak hargai...mestilah ada walaupun sedikit.Terkadang sesuatu yang kecil pun kita hargai ini pulak yang besar nilainya kan..??

Sebenarnya Khusainikusi ingin membicarakan mengenai satu Peraduan nie dimana kita boleh buat satu video mengenai sesuatu yang menarik khususnya yang terdapat di Perak sama ada dari segi makanan tradisi negeri Perak, lokasi menarik, tokoh atau pahlawan dari negeri Perak, tempat bersejarah di Perak atau dialek yang terdapat di negeri tersebut.

Masa yang  dalam pembikinan video ini adalah ditetapkan selama 3 minit sahaja. Jadi, hantar lah video ini sekreatif yang mungkin jika nak menang hadiah. Oh ya..dah terlanjur cakap pasal hadiah nie...nak tahu lah juga apa hadiah yang ditawarkan untuk memenangi peraduan ni. Nak tahu tak...tak tahu rugi sesangat lah korang.Hadiah ialah wang tunai dan Ipad.

Akan tetapi hadiah tersebut akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu peringkat kebangsaan yang mana ia terbuka kepada semua orang. Manakala bahagian yang kedua pula terbuka kepada peringkat sekolah menengah Negeri Perak.Oleh kita boleh mana satu kita nak join tapi kategori yang kedua itu dikhususkan di dalam negeri Perak sahaja.Tapi kedua-duanya ohsem kalau dapat join....


Nak tahu macam mana nak join peraduan nie hanya klik KPERAK. Nanti korang akan dapat lihat page macam nie:



Bila dah keluar page home macam nie maka boleh klik Sertai Sekarang macam gambar dibawah ini :





Dah Klik Serta Sekarang maka isi lah segala apa yang diminta dalam borang tersebut. Senang aje ...kalau bertuah boleh menang hadiah...

So join sekarang masa masih banyak lagi...Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI untuk mengetahui terma dan syarat penyertaan.

Khusainikusi: Nanti kalau dah menang jangan lupe belanja Khusainikusi.....

0 ulasan: