Sering kali kita mendengar hanya pujian dan juga ucapan tahniah sahaja yang akan didengari apabila dua pasangan menjalani proses perkahwinan akan tetapi jarang sekali kita mendengar ucapan serta alunan pembimbing untuk salah satu pihak apabila telah menjalani proses perceraian. Kasihan pada mereka terutama kepada kaum wanita yang menjalani proses-proses perceraian. Ini kerana ia akan bertambah pahit dan perit apabila seorang wanita itu terpaksa menjalani dan menanggung perceraian itu seorang diri jika ia berpunca dari seroang lelaki yang bernama suami...kesian~~~Ini kerana sepanjang Khusainikusi membaca kes-kes yang ada difailkan Mahkamah ada juga sebahagiannya lelakinya begitu.Oleh bacalah serta hayatilah puisi ini :-
Wanitaku sayang,
Jangan sesekali berasa lemah,
Perceraianmu terkandung hikmah,
Ia bukan tanda kau bersalah,
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.
Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
... Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.
Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.
Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.
Wanitaku sayang,
Meskipun mereka insan ternama,
namun perceraian tetap menerpa,
itu tanda engkau dan suamimu tidak hina,
masing-masing ada sebabnya.
Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.
Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?
Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.
Wanitaku sayang,
Tika kau yang mulakan perceraian,
Ia rukhsah yang dimaafkan,
Selagi alasanmu bukan sebarangan,
Tegakkan hak Allah dalam ketaatan.
Wanitaku sayang,
Tika kau tekad inginkan perpisahan,
Kau berhak singkirkan kesengsaraan,
Berhikmahlah mengambil kelonggaran,
Menadah tangan, pohon keredhaan.
Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja.
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.
Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
... Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.
Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.
Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.
Wanitaku sayang,
Meskipun mereka insan ternama,
namun perceraian tetap menerpa,
itu tanda engkau dan suamimu tidak hina,
masing-masing ada sebabnya.
Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.
Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?
Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.
Wanitaku sayang,
Tika kau yang mulakan perceraian,
Ia rukhsah yang dimaafkan,
Selagi alasanmu bukan sebarangan,
Tegakkan hak Allah dalam ketaatan.
Wanitaku sayang,
Tika kau tekad inginkan perpisahan,
Kau berhak singkirkan kesengsaraan,
Berhikmahlah mengambil kelonggaran,
Menadah tangan, pohon keredhaan.
Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja.
Khusaikusi: Terkadang kita kena pandang dari sudut yang lain...Tak gitu..???
0 ulasan:
Post a Comment