Thursday, November 22, 2012

Maafmu ku Terima

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedang Khusainikusi melilau  mencari sesuatu bahan untuk kita sama-sama berkongsi tetiba mata ini terarah pada satu gambar yang menarik , comel dan terkandung didalamnya pesanan yang tersurat yang mana sangat berkaitan dengan kehidupan sebagai manusia yang sentiasa menjalani kehidupan bersilaturahim diantara satu sama lain seperti hubungan kita dengan sahabat kita, dengan adik beradik atau orang ramai yang berada disekeliling kita....

Nak tahu apa petikan ayat tersebut ??

kucing cute



Sering tak terjadi dalam kehidupan kita...?? Pada pandangan Khusainikusi semua orang pernah merasai keadaan sebegini meminta maaf walaupun kita tidak pernak melakukan kesalahan yang tidak menyakitkan hati demi menjaga hubungan diantar satu sama lain tapi dalam konteks untuk merapatkan silaturarrahim dengan ORANG ramai bukan dengan MAKWE/ PAKWE yang tersayang itu dah kes lain ...lain kali kita bincang tue.


Perkara ini terjadi sebab kita ingin menjaga perasaan dia. Sebab dia lah satu rakan, indivindu yang boleh dikatakan rapat dengan kita. Yang mana tiada mereka kita akan merasakan sunyi dan berpecah belah.
Keyword yang perlu dipegang sentiasa merendah diri.Jangan merasa diri kita sahaja yang betul dan selalu tetapi terkadang kita terpaksa mengalah. Kenapa pulak....??? kerana orang sentiasa rendah diri dan sentiasa mengalah dengan cara senantiasa memohon maaf ini diibaratkan lembah yang rendah takungi air. Ramailah yang yang tertumpu kepadanya .


Dengan perumpamaan itu  maka akan timbulah satu perasaan selesa bersama dengan mereka. AKAN tetapi janganlah kita mengambil kesempatan kerana menimbulkan satu perasaan yang anoyying atau menyampah sebaliknya terima sahaja dengan hati yang terbuka yang mana akan melahirkan insan yang mempunyai hati yang penuh sifat kesabaran yang tinggi. Kesannya tahap keserabutan itu dapat ditangkis dan menjadi tenang menganggap perkara itu sebagai yang biasa-biasa aja. Memang agak susah untuk mengamalkan dan tidak semua orang dapat melakukannya.

Realitinya sebahagianya apabila permasalahan yang datang kepada kita akan mula menyampah dan malas untuk melayannya. Dengan disebabkan itulah kita harus mengubahnya.


Tapi apa salahnya kita mencuba dengan mengunakan apa yang dinyatakan dalam petikan dalam gambar tersebut...Khusainikusi juga telah cuba untuk menjadi itu...moga setiap yang diusahakan akan terus istiqamah dan sebati dalam diri. Insya-Allah . Dengan pengkongsian yang sekelumit akan dapat dikongsi bersama.

Khusainikusi: Okey cuba untuk membuka hati menerima maaf dari orang lain... kalau keterlaluan sangat kena consider lah gak...:)






3 ulasan:

Arjuna Silvera said...

terbaekkk

Bui Junaidi said...

KEMAAFAN TU DENDAM YANG TERINDAH..^_^

sha my heart said...

maaf je la. Kita manusia biasa, ada silap salah.