Monday, January 26, 2015

AKU by Najwa Latif

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Jumpa lagi untuk entri kali nie..Sebenarnya khusainikusi tiadalah idea untuk berceloteh tentang apa yang dilakukan sejak akhir2 nie..cuma kali nie banyak layan lagu yang ada henpon je..sebab banyak download lagu tapi amatlah jarang dengar lagu tersebut..buat penuh memori je kalau tak dengar kan...

So dengan itu Khusainikusi amek lah langkah yang pintar dan rajin ini study lagu2 yang ada dalam henpon kesayangan hamba...tak sangka pulak sangkut dengan satu ini, tajuknya AKU yang dinyanyikan oleh cik adik yang comel lote si NAJWA LATIF nie...best gak maksud yang cuba disampaikan dalam beliau yang sampaikan nie..actually lagu nie kalau dengar betul2 sebenarnya penuh dengan mesej2 keinsafan dan keutuhan untuk kembali semula percaya kepada sang Pencipta setelah berlaku sebarang musibah yang mungkin mencabar keimanan kita..

Selain daripada itu gak lagu ini juga berkaitan dengan perang dunia yang terjadi tak kira di Gaza ke..Palestin ke..yang mana telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah akibat perebutan kuasa yang pernah ada penghujungnya kesannya anak-anak telah hilang tempat bergantung (ibubapa), tiada tempat untuk berteduh dan hidup melarat...ishhhh2 kesian sungguh kalau boleh kita cuba untuk bayangkan...

Okey banyak pulak berceloteh kan...hihihi..Ape2 hal untuk korang lebih feeling2 lagi mengenai apa yang khusainikusi cuba kongsikan ini..Nah sila layan video lagu yang khusainikusi post kali nie berserta ngan liriknya sekali....
 

 AKU



Ku dengar tangisan di sana
Menangis memanggil ibunya
Ku lihat air mata di sana
Melihat perjuangan ayahnya

Tiada siapa yang akan mengerti
Rasa kehilangan yang ada di sisi
Perginya si raja hilangnya permaisuri
Hanya untuk melindungi
Kasih sayang abadi

Ku lihat awan yang sepi
Ketakutan sentiasa menghantui
Jeritan dan tangisan yang tidak didengari
Semua bagaikan satu mimpi
Mimpi yang tak pasti

Ingatlah dunia hanya sementara
Tuhan Yang Esa adalah segala-galanya
Walau kau disiksa walau kau dihina
Percayalah Tuhan selalu ada


Lagu : Aku
Artis : Najwa Latif 

 
Semoga perkara yang baik dapatlah kita kongsi bersama walaupun tidak secara langsung terkadang yang tersembunyi dan tersirat itu juga amat dalam pengertiannya...okey setakat ini sahaja...bye...

1 ulasan:

Riyanlaiyan said...

Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..



Jom follow blog saya lansung klik profil

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya