Assalamulaikum dan salam sejahtera
Sedar diri khusainikusi dah lama tak menulis entry yang terkini...alahai banyaknyer lah komitmen tapi macam alasan aje buat khusainikusi....Tapi sekarang nie rasanya dah macam free aje..so mula lah timbul lah idea2 nak menaip semula...Hokey tajuk yang terpancul dalam kepala khusainikusi nie ialah " Jangan memandang rendah bisnes yang kecil " kenapa nak bincang mengenai hal ini..?? Sebab ada sebilangan kita berpandangan sebegitu...padahal dari sudut lain walaupun kecil dan sedikit diusahakan tetap mendatangkan hasil daripada takde langsung lagilah hampehhhh....
Kebanyakan orang yang berfikiran sebegini apabila ingin memulakan sesuatu perniagaan itu dalam fikiran diorang pasti nak mulakan bisnes yang besar2 aje, yang gempak2 , tempat yang highclass dan something yang nampak luxury...padahal bajetnyer ciput aje..last2 perancangan tersebut tergendala paling2 tidak terhenti terus.
Ini adalah merupakan impian dan gambaran yang salah, jangan memandang remeh bentuk perniagaan camni. Sebab semuanya bermula dari kecil dan akhirnya akan menjadi besar. Cuba kita lihat tokoh2 yang maju dalam bidang perniagaan lihat pada background diorang semuanya bermula dari bese2 aje. Nah tengoklah sekarang makan pun tak habis.
Persoalan mengapa Khusainikusi bergitu serius dan agak sentap menceritakan hal ini. Ini kerana bentuk peniagaan yang simple2 seperti jual pisang goreng di tepi-tepi jalan, jual burger dan macam2 lagi lah jenis perniagaan yang simpe boleh digambarkan oleh kita sering kali dipandang remeh dan bese2 saje...alasannya kurang enak, kotor dan kurang berkualiti...Ini adalah pandangan yang meleset sama sekali, mungkin ada sebilangan pengusaha kurang perihatin tapi ada je yang menjaga giler aspek2 sebegini...Oleh itu kita tidak boleh melabelkan semuanya begitu.
Luahan dan kesedaran ini telah muncul dalam diri bila mana Khusainikusi mula menyedarinya setelah buat kerja sambilan dalam sektor perniagaan ini dan akhirnya Khusainikusi faham bagaimana "mereka" rasa. Jangan bimbang atau risau untuk capai kejayaan bagi sesapa2 yang mula2 menjinakkan diri perniagaan sebegini, manalah taw dulu kedai kecil2 aje pastu dah berapa tahun ...amek kau~~~ bertambah maju..sape tahu..?? berkat kegigihan dan tidak putus asa itu jangan sesekali dipisahkan.
Harap dengan statement yang tak seberapa sebegini dapat memotivasikan diri dan diri pembaca semua. Biar bentuk perniagaan itu kecil asalkan untungnya tidak putus,biar sedikit asalkan berkat. Sedikit lama2 berjaya..Sekian
P/S : sapa nak beli Kebab Turki Khusaini buat..?? sedap woo~~~~
0 ulasan:
Post a Comment