Sunday, September 9, 2012
Meludah ke langit terkena muka sendiri
Assalamulaikum dan salam sejahtera
Nape nak citer pasal meludah nie...? kenapa ke langit? Persoalan ini akan dijawab oleh KhusaininiKusi sebentar sahaja lagi..Entry ini adalah boleh disinonimkan dengan satu peringatan " Jangan mengata seseorang itu dengan perkara yang tak baik,kita pun apa kurangnya" itu yang KhusainiKusi dapat buat contoh sebab teringat pada kata-kata cikgu masa sekolah rendah dulu " Orang yang kita nak kutuk tu macam cermin yang akan pantulkan balik dekat kita seperti contoh kalau kita orang lain tu bodoh kita pun ada juga bodohnya". So jangan sewenang-wenangnya cakap kat orang macam itu. Memang terkadang kita terlepas cakap tanpa kita sedari tapi ingat aplikasi kata2 tersebut ada kesan buruknya. Kalau dah cakap perkara yang tak elok pada diri orang lain, lama2 kita juga yang tak elok perangainya...memantul balik kat kita.
Sebab Khusainikusi cakap camni..sebab ayat cerca sebegini dianggap bese2 sahaja dilafazkan oleh sebahagian tanpa mengira bagaimana perasaan orang yang mendengarnya ...terkadang boleh sentap jugaklah kalau dengar, nak2 kalau hari tue orang yang mendengarnya tu ada banyak masalah...memang best lah nko kene tibai hari tue..tengok dah jadi masalah gaduh2 pulak.
Oleh itu kita digalakkan untuk bercakap elok2 kat orang lain dengan perkataan yang baik walaupun kita tak suka dengan dia, jangan direct sembur jer kerana apa yang kita cakap kat orang lain dengan sesuatu yang baik akan dibalas dengan yang baik kepada kita seperti contoh " engko nie pandai betullah" Insya-allah akan dibalas pandai juga kepada kita.
Jika sedar telah ada melakukan perbuatan tersebut minta maaf ler cepat...kadang kita nie selalu terlupa dengan apa yang kita cakap kalau disertai dengan emosi lagi lagilah lupa yang kita cakap kat orang yang kita termengata tue...oleh itu hati2 lah masa kita bercakap...pedoman ini Khusainikusi akan sama sematkan dalam hati supaya hati2 bila bercakap tue ....mood insaf..Hihihi...
KhusainiKusi: tetiba terfikir pula mende nie...alhamdulillah
5 ulasan:
done follow..follow me back ? ^^
nak tambah follower ?? join ni cepat ! pencarian blog baru untuk di preview !
http://rizwanewan.blogspot.com/2012/09/cepat-pencarian-blog-baru-untuk-di.html
Kerana mulut badan binasa. keh keh =D
selekeh laa ludah2 niiii heee
sebab tu ada pepatah "seperti meludah ke langit", maksudnya kena kat batang hidung sendiri
@Liyana
kalau kita meludah merata2 pun dah nmpak selekeh nie nk meludah kat orang rasenyer kita nie jenis yang mcm mne~~?? hahaha..just thinking~~
Post a Comment