Sunday, September 23, 2012

Welcome back my IC

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Fuh3x~~ kasi tiup sikit pada blog yang dah nak berabut nie...lambat sikit nak post entri sebab sibuk last2 nie ..bese lah dah nak abis semester lah katakan..So sekarang ini sedang buat satu final touch sebelum mengakhiri pengajian di semester yang terakhir nie...huk3 sedih lah plak rasa hati ini....* apa feeling2 nie..hihihi


Kali ini Khusainikusi ingin cerita lah sikit pasal IC atau dikenali didalam bahasa inggerisnya ialah identification card .kalau dalam bahasa melayu ialah kad pengenalan diri~~* uishhh semput...telah rosak dan punah cipnya akibat tangan2 yang ganas ini menyentuh dan menyimpannya selalu~~ kesannya urusan yang berkaitan dengan bank2 macam nak bukak akaun baru ke ape ker semuannya terbantut dan dibiarkan berterusan begitu sahaja tanpa ada sebarang jalan penyelesaian* ayat asaigment sesangat~~hahaha....kalau buat IC kat negeri sendiri yang agak jauh dari Putrajaya ini memang agak lama lah nk siap...Nasib baik belajar kat Bangi jer dekat Jabatan Pendaftaran Putrajaya ..Alhamdulillah semuannya cepat dan mudah je...tak payah nak balik negeri sendiri semata-mata nak ambil IC nie....Mana taknya di Putrajaya tue adalah merupakan tempat utama memperoses kad Pengenalan nie tu lah cepat....


masih lagi sempat bergambar


perasan lah tue..hahaha

ala2 model lah sesangat ...haha


Sekarang nie kalau tiada kad pengenalan memang susah lah nk berurusan dengan pihak bank nie...kalau tak caya cuba rosakkan dan hilangkan IC tue Khusainikusi nak tengok boleh tak urusan tue nak diselesaikan...Boleh tue boleh tapi bertongkat dan berjanggut lah korang nak selesaikan urusan tue..hihihi...


Kalau ada kad pengenalan tue tak kira yang baru ke lama ker simpan lah elok-elok...sebab IC nie memang sensitif sikit benda alahnya* ayat sopan sangat....kalau tak simpan elok2 lagi cepat lah rosaknya seperti cip tak dapat detect, kad pengenalan patah dan berlipat..sebab isi kat dalam purse duit yang tak betul kedudukan...oleh itu sisipkan rapi2 didalm purse duit anda itu sepaya tidak rosak...jangan jadi macam Khusainikusi dah almarhum IC tersebut...ishhh kesian beliau...*hihihihi

Khusainikusi: terbang duit sepuluh ringgit kena bayar buat baru IC nie...aduyai...


0 ulasan: