Salam sejahtera diucapkan bagi sesiapa yang baca artikel ini....
Tajuk yang ingin dibincangkan kali ini bukan lah lagu Agguk2 Geleng2 tu tapi satu perbuatan yang biasa akan dihadapi bagi seseorang khususnya yang sedang membentangkan hasil kerja dihadapan orang ramai ...Alah dengan kata lain ' Presentation' lah katakan ...
Sering kali kalau kita sedang mempresentationkan hasil kerja kita di khalayak ramai( dalam kelas khususnya) ada je sebilangannya buat tak dengar jer atau bercakap- cakaplah dengan member sebelah dia ....Jadinya kita yang tengah syok bercakap kat depan nie macam bercakap dengan dinding jer...
Kadang2 apa yang kita present nia rase cam membazir jer....Oleh itu bagi mengelakkan peristiwa ini berlaku terutamanya bagi presenter2 yang berucapkan kat depan kita nie merasa kurang senang so kita pun kena lah bantu beri sedikit fokus kita pada diorang tue....Mana lah tau kalau kita pun kena senasib ngan diorang menyampah juga rasanya kan kalau kena buat presentation ...???
Menurut buku yang saya baca ia memang bagus kalau dapat dipraktikan macam mana nak pay attention dalam ceramah atau kelas sebagainya walaupun hakikatnya kita dah tak nak dengar dah ...so bagi menghargai orang yang wat presentation tue ...hah inilah kaedahnyer....
Saudara boleh menunjukkan parhatian saudara dalam majlis tersebut dengan cara menggangguk-angguk perlahan dan berkata " Ya", atau " Oh, ye ke?" atau "Betul?" atau "Jadi?" dan banyak cara lagi lah ...Jangan lah korang angguk2 padahal mata korang dah tutup ( Tidur) ..tu cam menghina pulak kan ...
Dengan cara nie barulah menunjukkan kita masih bersama dengan dia ...( Walaupun memang dah malas nak dengar) hihihihi..Kesinambungan apa yang dinyatakan diatas tadi bukan sesaje jer tapi ada motifnya tersendiri iaitu didalam budaya Jepun nie diorang mengibaratkan bila dua orang yang sedang berbual sedang menggunakan kata-kata balas yang dikenali sebagai Aizuchi....
Apalah maksud Aizuchi nie yek..??? Okeylah Ai tu maksudnyer 'melakukan sesuatu dengan bersama-sama' ( Jangan nak fikir yang bukan2 plak yek maksudnyer berbual yek...takde unsur biru2 kat sini yer) hahaha gurau jer...
Pastu makna Zuchi tu plak maksudnyer 'tukul besi'. Orang Jepun ibaratkannya macam apabila dua orang nie bercakap macam kedengaran macam dua sedang menempa pedang besi bersama-sama dengan menggunakan tukul ( betul ker tu bergantung pada anda2 semua lah untuk membayangkannyer) .
Realitinya pernahkan korang semua menggunakan dalam kelas ke atau kat mana2...???? kalau tak pernah buat ...jom lah kita sama2 buat ....
p/s: Tapi kalau ada orang tengah cakap perkara2 yang tak elok tak payah kita nak mengangguk guna kaedah beraizuchi ke ngan diorang tue...takde faedah pon....tinggalkan jer terus ..tak payah peduli ...kalau camtu letih lah keje menggangguk je... kebaikannyer pon kita tak dapat apa2…Sekian
0 ulasan:
Post a Comment