Monday, September 3, 2012

Hormon2 Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera....




Kesan dari seronoknya menaik pasal cinta entri yang lepas tentang Cemburu, Tanda Sayang maka KhusainiKusi meneruskan hasrat untuk menaip lagi entri seterusnya mengenai cinta sebab hati KhusainiKusi sedang berbunga tahi ayam sekarang nie hahaha*gurau je...

Mesti orang lain ingat dalam badan kita aje yang mengeluarkan hormon tapi sebenarnya tidak~~ sebenarnya cinta pun boleh menghasilkan hormon ..percaya tak..?? kalau tak percaya sudah lah..sign out sekarang...hahaha*gurau aje..Sebelum berceloteh pasal hormon2 ini semua jom kita tengok apa yang dimaksudkan cinta pastu baru citer pasal hormon nie.

CINTA bererti satu perasaan yang amat mendalam terhadap seseorang .Cinta juga boleh membuatkan seseorang itu melakukan pelbagai perkara yang diluar jangkaan. Itulah sebabnya lautan api sanggup direnangi walaupun yang hakikatnya yang ada sajer..hahaha.Okeylah seterusnya ini adalah kesan dari reaksi kimia dalam otak kita sebenarnya Bahan kimia yang dilepaskan akan membuatkan kita seperti dilamun cinta* wah ayat ...luntur sangat...nak tahu apa hormon tersebut? hah!! Ini dia :

1. Dopamine

Dimana kita akan berasa sangat terpikat terhadapnya. Kamu akan berada dalam khayalan cinta seperti mandi tak basah dan makan tak kenyang...kalau ada dasyat..kalau takde tengok2 dialah yang terlebih mandi dan makan~~:)

2. Serotonin

Seorang itu akan berasa obsess terhadap si dia, kimia ini akan membuat kamu selalu teringat pada si dia...walaupun dia menyakitkan hati korang*pandai2 tambah~~~

3.Oxytocin

Anda yang bergelar pencinta akan berasa ingin selama-lamanya* patutlah nak duk berkepit jer..hahaha.Pada masa ini kita mungkin berada dalam perhubungan yang yang serius dan tidak boleh tanpanya. So kaedahnya kahwin lah kalau duk berkepit tapi tiada ikatan apa gunanya berdosa lagi lah ada....


Kesimpulan jika anda semua2 nie merasakan kehadiran hormon nie dalam diri2 langkah yang terbaik sediakan rombongan meminang...ahaks...bagi yang masih solo dan merasakan dirinya agak lambat mendapat jodoh kalau dah feeling2 hormon ini ada...segerakanlah...sekarang nie pun dah ramai orangn buat kenduri. Raya dah nak abis,open house dah nak beransur surut ganti pulak kenduri..So kemeriahan itu masih diteruskan dan dirasai...

P/S: Jangan terlebih hormon sudah ~~nanti pening2 lalat plak* taw2 je

Sunday, September 2, 2012

Kebaikan berblogging

Assalamulaikum dan salam sejahtera....

Bila ada ada waktu yang terluang sikit sahaja Khusainikusi akan berusaha dengan sedaya upayanya membuka laptop walaupun ada beberapa minit je lagi kalau ada temu janji mahu kemana-mana mesti agak gatal aje tangan nak buka laptop mahu ditambah apalah yang sesuai untuk ditambah dalam ebtri blog. Kadang-kadang jadi silent reader untuk cari "bekal" untuk diisi didalam blog ini.Terkadang tertanya apalah kebaikan yang kita boleh perolehi dengan berblogging ni.

Walaupun asyik diperli oleh orang selalu melihat kita berblog , Khusainikusi peduli apa.Mereka tidak akan tahu jika mereka melaluinya , betul tak..?? . Dari pandangan yang halus dan penuh suci ini berdasarkan perkara-perkara postif yang dapat dilihat daripada berblog ini menurut kaca mata.kaca mata mata.kaca mata rayban .Khusaikusi dapat keluarkan 5 kebaikan berblog ni.


1.Melatih diri agar berdikari.

Dapat disimpulkan segala susunan dalam blog kita ini, semuanya kita urus sendiri bermula kita daftar , masukkan iklan ,tinggalkan jejak,invite follower dan edit gambar2n bagai. Memang layak dipuji lah perkerjaan blogger ni. Nak harapkan orang lain, agak susah lah sikit. Nanti ada banyak yang tak puas hati dari yang puas hati. Kalau ada masalah kita dulu lah yang dapat kesan dan repair dulu. Pastu nak menceritakan bagaimana berdikarinya seorang blogger ni setiap masa pasti akan memikirkan apa yang terbaik yang nak diisi dalam blog sendiri dengan menggunakan idea yang suci datang dari kepala otak sendiri....huhuhu...Applause :):):)

2. Meningkatkan kemahiran penulisan

Khusainikusi pasti semua orang dah menulis dari kecik lagi masa sekolah rendah sampai lah dah menempuh alam pekerjaan. Mula2 menulis A.B.C sampailah sudah boleh menulis karangan berjela-jela. Cuma kadang daya penarikan didalam sesuatu penulisan sahaja yang agak kelaut...hihihi * macam Khusainikusi..So dari berblogging inilah kita dapat melatih diri agar mengunakkan format2 yang betul semasa menulis blog lama kelamaan. Seperti kata pepatah..manusia tak bermula berjalan dari kecik mestilah bermula dahulu dengan merangkak kan ? * peringatan untuk diri...


3. Meluaskan cara pemikiran.

Ini sepatutnya point yang tersangat penting sekali kenapa sesebuah blog itu dibuat. Ini kerana untuk memberi info yang berguan yang kita boleh guna pakai dalam kehidupan seharian kita. Kenapa kehidupan seharian contoh bila kita da masalah pasal stress contoh just kilik je blog2 yang citer pasal pengurusan stress. Nah bertimbun-timbun penjelasan yang cerita pasal pengurusan stress. Itu baru citer pasal satu perkara, belum citer yang lain2 lagi. terkadang tak payah seacrh pun seseorang tue dah boleh macam2 yang dia tahu...uishhh hebak~~

4. Menambah kenalan.

Setiao orang kita tidak boleh nak aspect yang mereka boleh bersosial secara langsung.Maklumlah ada yang malu2 kucing tapi kat laman sosial dia lah yang no 1. So blog ini merupakan salah satu medium perantaraan walaupun tak berada didepan mata yelah setakat
balas2 komen dan chat kat shoutbox tapi apalah salahnya mengeratkan tali persaudaraan. Makin banyak kita berkenalan makin banyak pengalaman. Manalah tahu orang luar negara yang baca blog kita tu. Boleh belajar speaking2 sikit supaya lidah tu tak lah seberapa kayu sangat ...keras je~~hahaha

5. Menjana Pendapatan.

Maknanya kat sini..walaupun duk berjam-jam kat depan laptop @ komputer tue tak lah search sesuatu yang tak mendatangkan hasil.Sekali klik dapat berapa sen, dua kali klik berapa sen lagi ditambah...kan dah dapat rezeki sikit tu..syukur dari takde...sikit2 lama kelamaan beribu riban..sekarang ni dah banyak dah sumber2 yang boleh mendatang duit seperti Blin.gd,Heartbeat, Churp-Churp dan banyak lagi lah...kalau kita mempergunakannya sebaik mungkin....Alhamdulillah pasti akan berjaya~~


Setakat itu sahaja perkongsian yang dapat dirumuskan. Tetapi disebalik kebaikan pasti tersembunyi keburukan...Pro dan Kontra dalam kita berblogging nie. Insya- Allah, kalau berkesempatan Khusainikusi postkan entri pasal keburukannya pulaknya yer...Wallahua'lam...

P/S: Kalau baik digunakan baiklah jadinyer kalau tak sebaliknya...

Saturday, September 1, 2012

Muntah dah kaya...Blog?

Assalamulaikum dan salam sejahtera...

Aishhhhh..tak boleh nak tido pulak mata ni...tak tahu lah kenapa...?? mungkin excited kot pergi rumah terbuka sempena hari raya ni...tapi khusainikusi masih lagi tak dapat duit raya..huahuahua..dah besar panjang adakah ada lagi yang rabun matanya nak bagi duit raya pada khusainikusi...kalaulah duit raya ada merata -rata tu dah lama dah khusainikusi kutip....hahaha

Kenapa bincang hal nie pulak..?? sebab jeles dengan budak yang boleh jadi jutawan hanya dengan hanya kutip muntah ikan paus jer...?? senang je nak kaya...sekarang nie sesuatu yang pelik2 dijual asalkan mendapat permintaan yang tinggi sudah memadai untuk diri seseorang makan tak habis...betul lah cakap orang rezeki ada kat mana2 jer...rasa bertuah dan berusaha gigih maka pasti akan dapat hasilnya...begitu juga dalam dunia blog ini kalau rajin berusaha untuk update status selepas itu buat iklan bagi menarik minat orang ramai untuk klik iklan kita ...Inya-allah rezeki akan dapat diperolehi....


Khusainikusi pun sekarang ni sedang promote satu mata pencarian rezeki ini kalau lah berusaha dengan gigih pasti akan dapat hasilnya . Nak tahu tak apa dia...Jeng-jeng memperkenalkan blin.gd ...siapa yang daftar untuk perolehi melalui kaedah ini ...mungkin agak lebih kaya budak yang jumpa muntah ikan nie ...*jeles sekali lagi....Apa tunggu lagi caranya sangat mudah klik dah perolehi keuntungannya.


Kesimpulan samada rezeki itu mendatang kepada kita atau sebaliknya berusahalah sebab rezeki itu salah satu rahsia Tuhan yang kita tidak mungkin akan tahu~~~Wa'alam

P/S: huhuhu...tiada idea nak post hari nie...apa yang ada dikongsi bersama~~~