Monday, August 27, 2012

Cemburu, Tanda Sayang ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari nie entah dari mana dapat seru dengan tetibanya hati ini tergerak nak post pasal jiwang-jiwang sikit. Adakah Khusainikusi dah buang tebiat di bulan syawal ini atau terkena sampuk?.Muahaha..suka hati khusainikusi lah~~hihihi...gurau jer...

Kenapa nak cerita pasal cemburu pulak ni...mesti ada sebab. Yelah~~khusainikusi kan solo lagi dan selalu dikelilingi oleh orang-orang yang jiwa dan raga telah berkongsi dengan orang lain.So masalah2 bercinta mereka2 itu selalunya tempiasnya itu akan terkena sikit lah pada khusainikusi..ye lah mana taknyer bilik badmood jer member sebilik tue adalah masalah lah tu dengan pacarnya itu~~ so kita yang masih available nie duk mendengar je lah keluh kesah mereka2 itu...Tapi takper nanti boleh guna sebagai pedoman kalau dah ada kapel..hahaha*perasan je lebih~~

Sebelum celoteh melalut lagi, jom kite tengok apa yang dimaksudkan dengan cemburu ni...


hebatnya cinta

Cemburu adalah perasaan iri hati terhadap pasangan sekiranya pasangan memberikan perhatian kepada orang lain.Nak mention sikit yer kt sini pasangan ye bukan orang lain yang rapat dengan kita macam kawan baik yang mana masih lagi menjaga batasan syari'e diharap jangan cemburu tak kena tempat.Kalau cemburu yang bentuknya sebegini adalah cemburu yang menunjukkan tanda perhubungan yang tidak sihat. dan menjadi lebih teruk lagi pada masa akan datang.

Info yang menarik lagi adalah cemburu yang melampau adalah bukan berkisarkan cinta adalah merupakan penguasaan ke atas diri pasangannya serta menghalang kebebasan lebih2 lagi pada masa tersebut kita ini masih belum mengikat tali perkahwinan~~ bak kata orang " dah berlaki bini padahal tak kahwin lagi".

Oleh itu rakan2 blogger sekalian~~

Sekiranya cinta itu sejati, perasaan itu akan bertukar kepada kasih sayang yang amat mendalam terhadapnya. Tetapi sekirangya ia mengikut hawa nafsu yang kebinatangan*amboi..hihihi sperti berahi,tariakn fizikal selalunya ia akan berakhir dengan kegagalan perhubungan.~~

Wah ...ayat khusainikusi malam nie .Kembang lobang hidup kojap nie ha...tapi itu hebatnya kuasa cinta. Siapa yang pandai mengawalnya didalam perhubungan, SYABAS khusainikusi ucapkan. Bagi yang tak mampu.setiap orang penerimaannya adalah berlainan tapi takper kita pandang dari sudut yang berlainan pula.

P/S: cinta tue buta tapi jangan buta kerana cinta~~

Wednesday, August 22, 2012

tip pulang ke bandar selepas Hari Raya

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Huh~~puas sudah kita menyambut hari raya selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga...setelah menjelang hari raya lapar dan dahaga itu akhirnya setelah membedal kuih muih yang tersedia...hahaha.

Sedar atau tidak sudah 4 syawal sudah kita meraikan hari yang penuh dengan kebahagiaan nie ini~~~Khusainikusi pun nak mintak maaf kalau ada tersilap kata, merepek tak tentu pasal, tersingung perasaan ...dari hujung kaki sampai ke atas kepala lah khusainikusi mintak maaf yek...

Kalau ingat entry yang sebelum raya khusainikusi ada postkan mengenai tip2 sebelum nak pulang ke kampung. Kali nie nak bagi lah sikit tip nak pulang semula ke bandar @ ke tempat masing2 lah...dah lama2 duk kat kampung kena lah pulang juga kan...entah macam mana lah keadaan rumah kita yang ditinggalkan entah elok entah idok yek* nape teman cakap perak pulok nie...hahaha


Ini ada lah diantara tip2nya:


1. Rancang perjalanan anda
Kenal pasti laluan yang akan diambil oleh anda supaya tidak teragak-agak.Supaya nanti tidaklah tersesat. Balik kampung jalan lain pulang ke bandar lain..kan misteri namanya tue..hihihi.yang paling penting kenal pasti tempat rehat supaya dapat melepas lelah supaya segar kembali.

2.Dapatkan rehat yang mencukupi
Elakkan memandu di tengah malam atau awal pagi kerana waktu itulah tubuh amat memerlukan rehat yang secukupnya.Rehat lah secukupnya selepas itu teruskalnlah perjalanan.Satu lagi kalau lepas kerja atau selepas makan yang mengeyangkan rehatlah dulu bagi cool down perut dan badan anda terlebih dahulu.

3.Elakkan minum dan makan ubat yang beri kesan mengantuk
Kalau rasa tak sihat seeloknya rehat lah dulu jangan terlalu memaksa tubuh badan anda untuk menerukan perjalanan dan juga suka marah2,frust dan sebagai minum minuman yang memabukkan bukanlah pilihan yang baik ketika anda ingin meneruskan perjalanan ..ingat tue...

4.Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan
Ini adalah merupakan langkah terakhir dan yang paling penting sekali periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator.Sistem pencahayaan,tayar cukup angin ke tak dan ada tayar ganti ke tak dan last sekali periksa sistem brek okey ke tak.


khusainikusi
ingat tue..:)



Segala tip yang dinyatakan diatas adalah merupakan satu pencegahan dan persediaan awal sebab pepatah orang dulu pernah menyatakan " Malang itu tidak berbau". Akhir kalam semoga tip yang tak seberapa ini dapat di kongsi bersama.o0o0o0opss nanti dulu belum terlambat khusainikusi ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin serta heppy sokmo:)

P/S: berhati-hati dijalan raya

Thursday, August 16, 2012

Tip tinggalkan rumah sebelum raya

Assalamulaikum dan salam sejahtera...


Tinggal beberapa hari je lagi sebelum umat islam diseluruh dunia termasuklah Malaysia akan menamatkan kejayaan berpuasa di bulan Ramadan dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dalam menantikan kedatangan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi,

Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Cegah dahulu sebelum terlewat....kalau dah terkena nak minta tolong kat orang pun rasanya dah tak sempat. Kali ni khusainikusi nak kongsi panduan / tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidil Fitri.

1.Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum korang nak balik kampung tu berpesan-pesanlah dekat jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita. Kalau jiran pun pakat-pakat balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran berapa hari korang takda dekat rumah. Ini lah pentingnya berjiran dan menghargai abang-abang polis bila kita dalam kesusahan.

2.Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Sebelum korang berangkat untuk pulang, sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Pastikan korang menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur yang dah lama tue boleh digantikan dengan yang baru. Cara ini merupakan langkah yang terpenting sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.

3.Serahkan kunci pendua kepada orang yang kita percaya
Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bunga. Sebenarnya cara sebegini memudahkan lagi tugas pencuri untuk masuk ke rumah korang.Sebab kebanyakan pencuri sudah mengetahui taktik sebegini Jadi, jangan sesekali berbuat sedemikian.

4.Matikan semua suis dan gas
Bagi menjaga keselamatan harta benda korang, silahlah periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.

5.Elakkan memasang lampu luar
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.

6.Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.


P/S: Semoga dipermudahkan olehnya...hati-hati nak balik kampung tue...