Wednesday, August 22, 2012

tip pulang ke bandar selepas Hari Raya

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Huh~~puas sudah kita menyambut hari raya selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga...setelah menjelang hari raya lapar dan dahaga itu akhirnya setelah membedal kuih muih yang tersedia...hahaha.

Sedar atau tidak sudah 4 syawal sudah kita meraikan hari yang penuh dengan kebahagiaan nie ini~~~Khusainikusi pun nak mintak maaf kalau ada tersilap kata, merepek tak tentu pasal, tersingung perasaan ...dari hujung kaki sampai ke atas kepala lah khusainikusi mintak maaf yek...

Kalau ingat entry yang sebelum raya khusainikusi ada postkan mengenai tip2 sebelum nak pulang ke kampung. Kali nie nak bagi lah sikit tip nak pulang semula ke bandar @ ke tempat masing2 lah...dah lama2 duk kat kampung kena lah pulang juga kan...entah macam mana lah keadaan rumah kita yang ditinggalkan entah elok entah idok yek* nape teman cakap perak pulok nie...hahaha


Ini ada lah diantara tip2nya:


1. Rancang perjalanan anda
Kenal pasti laluan yang akan diambil oleh anda supaya tidak teragak-agak.Supaya nanti tidaklah tersesat. Balik kampung jalan lain pulang ke bandar lain..kan misteri namanya tue..hihihi.yang paling penting kenal pasti tempat rehat supaya dapat melepas lelah supaya segar kembali.

2.Dapatkan rehat yang mencukupi
Elakkan memandu di tengah malam atau awal pagi kerana waktu itulah tubuh amat memerlukan rehat yang secukupnya.Rehat lah secukupnya selepas itu teruskalnlah perjalanan.Satu lagi kalau lepas kerja atau selepas makan yang mengeyangkan rehatlah dulu bagi cool down perut dan badan anda terlebih dahulu.

3.Elakkan minum dan makan ubat yang beri kesan mengantuk
Kalau rasa tak sihat seeloknya rehat lah dulu jangan terlalu memaksa tubuh badan anda untuk menerukan perjalanan dan juga suka marah2,frust dan sebagai minum minuman yang memabukkan bukanlah pilihan yang baik ketika anda ingin meneruskan perjalanan ..ingat tue...

4.Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan
Ini adalah merupakan langkah terakhir dan yang paling penting sekali periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator.Sistem pencahayaan,tayar cukup angin ke tak dan ada tayar ganti ke tak dan last sekali periksa sistem brek okey ke tak.


khusainikusi
ingat tue..:)



Segala tip yang dinyatakan diatas adalah merupakan satu pencegahan dan persediaan awal sebab pepatah orang dulu pernah menyatakan " Malang itu tidak berbau". Akhir kalam semoga tip yang tak seberapa ini dapat di kongsi bersama.o0o0o0opss nanti dulu belum terlambat khusainikusi ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin serta heppy sokmo:)

P/S: berhati-hati dijalan raya

0 ulasan: