Thursday, August 16, 2012

Tip tinggalkan rumah sebelum raya

Assalamulaikum dan salam sejahtera...


Tinggal beberapa hari je lagi sebelum umat islam diseluruh dunia termasuklah Malaysia akan menamatkan kejayaan berpuasa di bulan Ramadan dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dalam menantikan kedatangan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi,

Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Cegah dahulu sebelum terlewat....kalau dah terkena nak minta tolong kat orang pun rasanya dah tak sempat. Kali ni khusainikusi nak kongsi panduan / tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidil Fitri.

1.Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum korang nak balik kampung tu berpesan-pesanlah dekat jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita. Kalau jiran pun pakat-pakat balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran berapa hari korang takda dekat rumah. Ini lah pentingnya berjiran dan menghargai abang-abang polis bila kita dalam kesusahan.

2.Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Sebelum korang berangkat untuk pulang, sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Pastikan korang menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur yang dah lama tue boleh digantikan dengan yang baru. Cara ini merupakan langkah yang terpenting sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.

3.Serahkan kunci pendua kepada orang yang kita percaya
Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bunga. Sebenarnya cara sebegini memudahkan lagi tugas pencuri untuk masuk ke rumah korang.Sebab kebanyakan pencuri sudah mengetahui taktik sebegini Jadi, jangan sesekali berbuat sedemikian.

4.Matikan semua suis dan gas
Bagi menjaga keselamatan harta benda korang, silahlah periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.

5.Elakkan memasang lampu luar
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.

6.Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.


P/S: Semoga dipermudahkan olehnya...hati-hati nak balik kampung tue...

4 ulasan:

Nick Nashram said...

selamat berpuasa dan selamat hari raya bro :)

khusainikusi said...

ok...selamat berpuasa n selamat hari raya jugak...:)

Tuan Besar said...

Lagi satu yg orang kita suka buat, update status bila-dan-sampai bila tak ada dekat rumah. Alahai, senang kerja perompak nak target tarikh untuk merompak haha :D

Ehem, selamat menyambut 1 syawal (:

khusainikusi said...

hahaha..betul lagi mnyenang encik2 pencuri nie nk msuk...kirenyer berteknologi gak pncuri nie nk check kite pyer status...hahaha..tq..gud info ..so let share together...:)