Wednesday, November 14, 2012

Salam Awal Muharam

Assalamulaikum dan salam sejahtera











Lagi beberapa minit aje lagi tahun di dalam bulan islam akan bertukar ke tahun baharu...Alhamdulillah sesungguh Allah itu Maha Pencipta yang mengetahui rahsia disebaliknya...Segala perancangan yang diaturkan oleh Allah tiada siapa yang tahu....Errrmmm ....apabila bercakap mengenai tahun baharu nie mesti setiap orang pasti akan mempunyai hajat serta sesuatu perubahan ini dirancang supaya menjadi nilai yang lebih berguna pada masa akan datang...rakan blogger ada hajat camtu...Walaupun perubahan itu perlu dibuat pada setiap masa ..tetapi niat untuk melakukan sesuatu perkara itu adalah dinilai terlebih dahulu oleh Allah...

Selain daripada berhajat untuk melakukan sesuatu perubahan didalam diri ...Jangan lupa taw dibulan awal Muharam ini juga terdapat banyak fadilat-fadilat yang ...kalau kita tak lakukan semua, salah satu di antaranya pun jadilah daripada tak buat langsung. Terceloteh pulak Khusainikusi ...okey lah diantara salah satunya ialah:-


1-Puasa .Maksud hadis : Barangsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. iaitu barang siapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.



2. Banyakkan melakukan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.


3. Berdoa dengan doa akhir tahun pada bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3 kali.

4.  Berdoa dengan doa awal tahun pada bulan Awal Muharam selepas Maghrib 3 kali.


Banyak amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan Awal Muharam ini sebenarnya..nanti Khusainikusi akan kongsikannya bersama. Biarlah yang sedikit ini diamalkan terlebih dahulu daripada tidak beramal langsung. Sikit2 asalkan dapat merasa....tak gitu...?? 


Okey lah nanti lepas solat asar nanti kita baca doa akhir tahunnyer...bersama lah kita mengimarahkan keberkatan bulan Islam yang telah diatur dengan penuh kebaikan yang tersirat seribu kebaikan di dalamnya.


KLIK SINI bantu Khusainikusi untuk sesape yang ingin menyertai pertandingan Filem Pendek yang berkaitan dengan negeri Perak


Khusainikusi: Jom kita nasyidkan bulan2 islam...