Sunday, September 23, 2012

Welcome back my IC

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Fuh3x~~ kasi tiup sikit pada blog yang dah nak berabut nie...lambat sikit nak post entri sebab sibuk last2 nie ..bese lah dah nak abis semester lah katakan..So sekarang ini sedang buat satu final touch sebelum mengakhiri pengajian di semester yang terakhir nie...huk3 sedih lah plak rasa hati ini....* apa feeling2 nie..hihihi


Kali ini Khusainikusi ingin cerita lah sikit pasal IC atau dikenali didalam bahasa inggerisnya ialah identification card .kalau dalam bahasa melayu ialah kad pengenalan diri~~* uishhh semput...telah rosak dan punah cipnya akibat tangan2 yang ganas ini menyentuh dan menyimpannya selalu~~ kesannya urusan yang berkaitan dengan bank2 macam nak bukak akaun baru ke ape ker semuannya terbantut dan dibiarkan berterusan begitu sahaja tanpa ada sebarang jalan penyelesaian* ayat asaigment sesangat~~hahaha....kalau buat IC kat negeri sendiri yang agak jauh dari Putrajaya ini memang agak lama lah nk siap...Nasib baik belajar kat Bangi jer dekat Jabatan Pendaftaran Putrajaya ..Alhamdulillah semuannya cepat dan mudah je...tak payah nak balik negeri sendiri semata-mata nak ambil IC nie....Mana taknya di Putrajaya tue adalah merupakan tempat utama memperoses kad Pengenalan nie tu lah cepat....


masih lagi sempat bergambar


perasan lah tue..hahaha

ala2 model lah sesangat ...haha


Sekarang nie kalau tiada kad pengenalan memang susah lah nk berurusan dengan pihak bank nie...kalau tak caya cuba rosakkan dan hilangkan IC tue Khusainikusi nak tengok boleh tak urusan tue nak diselesaikan...Boleh tue boleh tapi bertongkat dan berjanggut lah korang nak selesaikan urusan tue..hihihi...


Kalau ada kad pengenalan tue tak kira yang baru ke lama ker simpan lah elok-elok...sebab IC nie memang sensitif sikit benda alahnya* ayat sopan sangat....kalau tak simpan elok2 lagi cepat lah rosaknya seperti cip tak dapat detect, kad pengenalan patah dan berlipat..sebab isi kat dalam purse duit yang tak betul kedudukan...oleh itu sisipkan rapi2 didalm purse duit anda itu sepaya tidak rosak...jangan jadi macam Khusainikusi dah almarhum IC tersebut...ishhh kesian beliau...*hihihihi

Khusainikusi: terbang duit sepuluh ringgit kena bayar buat baru IC nie...aduyai...


Thursday, September 13, 2012

Sedar tue Diri Bertuah

Assalamulaikum dan salam sejahtera....

Burghhhhh~~~Alhamdulillah baru je makan tadi tadi~~balik2 terus menghadap lappyku yang aku sayangi nie...kenapa dan mengapa terus nk update...? Sebab masa ngah duduk2 makan2 disaat nasi yang digaul bersama sayur mayur dan daging2 yang empuk ...datang seorang akak yang  keje sehariannya memang letakkan harga2 dan melayang note putih yang harganya cukup lumayan pada hidangan five class * class lah sangat ...yang kiteorang makan tue...pastu dia duduk lah sekejap menyembang2 ngn kitorang nie....dia cakap beruntung lah korang dapat belajar tinggi di peringkat ijazah...belajarlah elok2 nanti boleh sambung master...kalau kat tempat akak nie kalau orang nak sambung belajar nie susah sangat...terpaksa berkorban lah kalau nak sambunng belajar nie tapi kalau sini (Malaysia ) senang je nk belajar duk ilek aje....

Dari perbualan akak tadi ...terdetik di fikiran beruntungnye aku dapat berada di tahap ini...kalau nak dibandingkan dengan negara lain yang tak mampu nak sambung belajar...kita disini dibantu dengan pelbagai medium yang dirasakan mampu menaja kita untuk sambung belajar.Menurut akak kat kedai makan tue lagi...kalau ibu bapa kat negeri dia tu kalau yang tak mampu nk sara kita belajar...masa depan diorang dari segi taraf pendidikan dihabiskan macam tue je lah...takde sesapa pun yang sudi menaja...


Cara akak tue menyampai cerita menunjukkan bahawa perit kehidupannya itu telah menjentik hati aku untuk turut sama sedar bahawa bertuahnya aku kat Malaysia nie....kalau takde duit masih banyak lagi saluran yang kita pilih untuk menampung pembelajaran kita~~tapi kita masih lagi malas nak belajar* terutamanya aku..hahaha..gurau...



mengada-ngada
sesaje nie mengada-ngada..

Mungkin kita tak berada kat tempat mereka kot ..tue lah kita boleh cakap keadaan kita susah sangat padahal masih ada lagi yang masih lagi dhaif dari kita..syukur... Alhamdulillah dengan apa yang kita nikmati sekarang.Kesan dari peristiwa tadi Khusainikusi menyeru*wah ayat pemimpin sesangat..... agar apa yang kita ada sekarang gunalah sebaik mungkin...lebih baik yang ada disyukuri daripada yang tiada dikeluhi....

Khusainikusi: bersyukur dengan apa yang ada~~

Sunday, September 9, 2012

Meludah ke langit terkena muka sendiri


Assalamulaikum dan salam sejahtera




Nape nak citer pasal meludah nie...? kenapa ke langit? Persoalan ini akan dijawab oleh KhusaininiKusi sebentar sahaja lagi..Entry ini adalah boleh disinonimkan dengan satu peringatan " Jangan mengata seseorang itu dengan perkara yang tak baik,kita pun apa kurangnya" itu yang KhusainiKusi dapat buat contoh sebab teringat pada kata-kata cikgu masa sekolah rendah dulu " Orang yang kita nak kutuk tu macam cermin yang akan pantulkan balik dekat kita seperti contoh kalau kita orang lain tu bodoh kita pun ada juga bodohnya". So jangan sewenang-wenangnya cakap kat orang macam itu. Memang terkadang kita terlepas cakap tanpa kita sedari tapi ingat aplikasi kata2 tersebut ada kesan buruknya. Kalau dah cakap perkara yang tak elok pada diri orang lain, lama2 kita juga yang tak elok perangainya...memantul balik kat kita.


Sebab Khusainikusi cakap camni..sebab ayat cerca sebegini dianggap bese2 sahaja dilafazkan oleh sebahagian tanpa mengira bagaimana perasaan orang yang mendengarnya ...terkadang boleh sentap jugaklah kalau dengar, nak2 kalau hari tue orang yang mendengarnya tu ada banyak masalah...memang best lah nko kene tibai hari tue..tengok dah jadi masalah gaduh2 pulak.

Oleh itu kita digalakkan untuk bercakap elok2 kat orang lain dengan perkataan yang baik walaupun kita tak suka dengan dia, jangan direct sembur jer kerana apa yang kita cakap kat orang lain dengan sesuatu yang baik akan dibalas dengan yang baik kepada kita seperti contoh " engko nie pandai betullah" Insya-allah akan dibalas pandai juga kepada kita.


Jika sedar telah ada melakukan perbuatan tersebut minta maaf ler cepat...kadang kita nie selalu terlupa dengan apa yang kita cakap kalau disertai dengan emosi lagi lagilah lupa yang kita cakap kat orang yang kita termengata tue...oleh itu hati2 lah masa kita bercakap...pedoman ini Khusainikusi akan sama sematkan dalam hati supaya hati2 bila bercakap tue ....mood insaf..Hihihi...

KhusainiKusi: tetiba terfikir pula mende nie...alhamdulillah