Thursday, December 6, 2012

Munajat Palestin

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera








KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar produk terapi, Anugerah International Sdn. Bhd. (Anugerah) dengan kerjasama Kosmo! akan menganjurkan program Munajat Palestin Bersama Imam Muda dan Ustazah Pilihan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu ini.

Prihatin dengan konflik kemanusiaan dan pencabulan hak asasi masyarakat di Palestin, program tersebut akan menghimpunkan seluruh umat Islam di sekitar Lembah Klang atas semangat persaudaraan dan bermunajat memohon pertolongan Allah.

Jurucakap Anugerah, Muhammad Khairul Azhar Ghazali berkata, Munajat Palestin tersebut akan menjelaskan situasi semasa yang berlaku di Palestin kepada yang hadir di samping menzahirkan sokongan moral kepada saudara sesama Islam di Palestin.

"Sudah jelas apa yang berlaku di Gaza, Palestin merupakan kekejaman ke atas manusia tidak berdosa dan diharapkan rakyat negara ini peka terhadap apa yang terjadi di sana.
"Melalui program ini, sokongan moral dan bantuan kewangan diharap sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan yang ditanggung mereka," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online

P/S: Perjuangan masih diteruskan walaupun berada jauh dari Gaza..jadikan perjuangan ini berterusan dan bukannya bermusim.Apa lagi jom kita pergi....: )

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Menang hadiah dengan KLIK MELANCONG dan  SENYUMAN DARLIE ...Hadiah menarik menanti anda...rugi tak join...:):)

2 ulasan:

Unknown said...

macam salurang yang kita boleh guna untuk bantu gaza sekarang .

cuma . nak dengan tak nak je .

khusainikusi said...

yup...mgkin kesedaran itu masih blum datg...:)