Thursday, November 22, 2012

Maafmu ku Terima

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedang Khusainikusi melilau  mencari sesuatu bahan untuk kita sama-sama berkongsi tetiba mata ini terarah pada satu gambar yang menarik , comel dan terkandung didalamnya pesanan yang tersurat yang mana sangat berkaitan dengan kehidupan sebagai manusia yang sentiasa menjalani kehidupan bersilaturahim diantara satu sama lain seperti hubungan kita dengan sahabat kita, dengan adik beradik atau orang ramai yang berada disekeliling kita....

Nak tahu apa petikan ayat tersebut ??

kucing cute



Sering tak terjadi dalam kehidupan kita...?? Pada pandangan Khusainikusi semua orang pernah merasai keadaan sebegini meminta maaf walaupun kita tidak pernak melakukan kesalahan yang tidak menyakitkan hati demi menjaga hubungan diantar satu sama lain tapi dalam konteks untuk merapatkan silaturarrahim dengan ORANG ramai bukan dengan MAKWE/ PAKWE yang tersayang itu dah kes lain ...lain kali kita bincang tue.


Perkara ini terjadi sebab kita ingin menjaga perasaan dia. Sebab dia lah satu rakan, indivindu yang boleh dikatakan rapat dengan kita. Yang mana tiada mereka kita akan merasakan sunyi dan berpecah belah.
Keyword yang perlu dipegang sentiasa merendah diri.Jangan merasa diri kita sahaja yang betul dan selalu tetapi terkadang kita terpaksa mengalah. Kenapa pulak....??? kerana orang sentiasa rendah diri dan sentiasa mengalah dengan cara senantiasa memohon maaf ini diibaratkan lembah yang rendah takungi air. Ramailah yang yang tertumpu kepadanya .


Dengan perumpamaan itu  maka akan timbulah satu perasaan selesa bersama dengan mereka. AKAN tetapi janganlah kita mengambil kesempatan kerana menimbulkan satu perasaan yang anoyying atau menyampah sebaliknya terima sahaja dengan hati yang terbuka yang mana akan melahirkan insan yang mempunyai hati yang penuh sifat kesabaran yang tinggi. Kesannya tahap keserabutan itu dapat ditangkis dan menjadi tenang menganggap perkara itu sebagai yang biasa-biasa aja. Memang agak susah untuk mengamalkan dan tidak semua orang dapat melakukannya.

Realitinya sebahagianya apabila permasalahan yang datang kepada kita akan mula menyampah dan malas untuk melayannya. Dengan disebabkan itulah kita harus mengubahnya.


Tapi apa salahnya kita mencuba dengan mengunakan apa yang dinyatakan dalam petikan dalam gambar tersebut...Khusainikusi juga telah cuba untuk menjadi itu...moga setiap yang diusahakan akan terus istiqamah dan sebati dalam diri. Insya-Allah . Dengan pengkongsian yang sekelumit akan dapat dikongsi bersama.

Khusainikusi: Okey cuba untuk membuka hati menerima maaf dari orang lain... kalau keterlaluan sangat kena consider lah gak...:)






Tuesday, November 20, 2012

Doa + Gaza

Assalamulaikum dan salam sejahtera





Dinihari perkhabaran mengenai mangsa kekejaman Israel terhadap penduduk Palestine tidak penah putus. Setiap saat dikhabarkan mangsa yang meninggal dunia angkara peluru yang hanya menurut perintah penarik picu senjata yang tiada perasaan..Allahuakbar...Dimana sifat simpati mereka ..? Adaka hberselindung disebalik hati busuk mereka atau kering diterangi bahang kebencian  dihati mereka seperti mana yang telah termaktub di dalam Al-Quran.





Walaupun berada jauh dan tidak berada ditempat tersebut. Tetapi hati-hati ini merintih kesedihan melihat bangsa yang seagama diperlakukan sebegitu sedangkan ada sebilangan kita masih lagi leka.. Ataupun sedang bermonolog dengan diri dengan beribu pesanan yang mengajak bersama memerangi apa yang dilakukan oleh Irael laknatullah ini dengan menyatakan bahawa ia adalah merupakan perkara yang merimaskan..Ayuh bangkit lah kedudukan yang masih selesa ini...Walaupun kita kita tidak memapah senjata, tidak memandu kereta kebal, tidak melancararkan mortar serangan...TETAPI kita punyai rahsia hebat iaitu doa yang telah dijanji akan dikabuli oleh Allah jika penindasan terjadi kepadan umat Islam ini...Yakin dengan Allah bahawasanya kemenangan akan muncul nanti..Bersangka baik dengan Allah kerana terdapat hikmah disebalik persoalan kenapa dicipta kita (Manusia) supaya memohon pertolongan dengan-NYA.

 Marilah kita memohon kepada Allah semoga saudara kita dibantu penjuangannya...Semoga dengan doa Qunut Nazilah dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi musuh Islam yang durjana...Tadahlah tanganmu ..pejamkanlah matamu...tunduk dan khusyuklah hatimu...tangisi setiap rangka doa yang dibaca dan bayangkan perjuangan mujahidin bertempur dengan semangatnya....





Jika rangka lagu yang menghiburkan hati itu boleh dihafal masakan doa yang ringkas ini dihafal..? jika dihafal ia merupakan satu hiburan bagi mereka yang berjuang menegakkan agama Allah disana kerana ini adalah jihad dari jauh disampaikan kepada Yang Maha Mendengar Allah S.W.T supaya dikabulkan bagi tiada lagi penindasan serta agama islam dimartabatkan. Insya-Allah...

Khusainikusi: Hancurx3 Israel Laknatullah...


Jangan Salahkan Orang lain Bila Gagal





SETIAP orang pasti mengalami pengalaman menghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan.

Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, ‘memang aku malas belajar’, atau ‘memang aku tidak berusaha dari awal lagi’, atau ‘aku malas berusaha’. Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. Kelemahan sendiri jarang pula dilihat, apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu. Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.




Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu ‘Bangau Oh Bangau’, meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya. Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra’d ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.

Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.

Dari Ustaz Zawawi Yusof

credit : suatuperjalananmaya.com


Khusainikusi: Segalanya bermula dari hari dan diri...:)

Monday, November 19, 2012

Hantar Video, Menang Hadiah

Assalamulaikum dan  Salam sejahtera

Alhamdulillah sejuk je hari ni sebab subuh tadi hujan turun rintik-rintik terasa nyaman apabila bangun dari tidur...Alhamdulillah Tuhan masih lagi memberi kesempatan untuk meneruskan hidup di bumi yang penuh bertuah ini. Hari ini Khusainikusi ingin membawa blogger berbicara mengenai sesuatu yang menarik yang ia haruslah dihargai. Ada tak sesuatu yang menarik kita tak hargai...mestilah ada walaupun sedikit.Terkadang sesuatu yang kecil pun kita hargai ini pulak yang besar nilainya kan..??

Sebenarnya Khusainikusi ingin membicarakan mengenai satu Peraduan nie dimana kita boleh buat satu video mengenai sesuatu yang menarik khususnya yang terdapat di Perak sama ada dari segi makanan tradisi negeri Perak, lokasi menarik, tokoh atau pahlawan dari negeri Perak, tempat bersejarah di Perak atau dialek yang terdapat di negeri tersebut.

Masa yang  dalam pembikinan video ini adalah ditetapkan selama 3 minit sahaja. Jadi, hantar lah video ini sekreatif yang mungkin jika nak menang hadiah. Oh ya..dah terlanjur cakap pasal hadiah nie...nak tahu lah juga apa hadiah yang ditawarkan untuk memenangi peraduan ni. Nak tahu tak...tak tahu rugi sesangat lah korang.Hadiah ialah wang tunai dan Ipad.

Akan tetapi hadiah tersebut akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu peringkat kebangsaan yang mana ia terbuka kepada semua orang. Manakala bahagian yang kedua pula terbuka kepada peringkat sekolah menengah Negeri Perak.Oleh kita boleh mana satu kita nak join tapi kategori yang kedua itu dikhususkan di dalam negeri Perak sahaja.Tapi kedua-duanya ohsem kalau dapat join....


Nak tahu macam mana nak join peraduan nie hanya klik KPERAK. Nanti korang akan dapat lihat page macam nie:



Bila dah keluar page home macam nie maka boleh klik Sertai Sekarang macam gambar dibawah ini :





Dah Klik Serta Sekarang maka isi lah segala apa yang diminta dalam borang tersebut. Senang aje ...kalau bertuah boleh menang hadiah...

So join sekarang masa masih banyak lagi...Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI untuk mengetahui terma dan syarat penyertaan.

Khusainikusi: Nanti kalau dah menang jangan lupe belanja Khusainikusi.....

Thursday, November 15, 2012

Cool Blog

Assalamualikum dan salam sejahtera


Sepertimana yang diketahui blog bukan setakat ditaip serta postkan entry itu saja tapi boleh juga diminum untuk menghilangkan dahaga. Alah ...sape kat sini pernah minum ice blanded camtu lah rupanya minuman tersebut cuma ia lebih dijanamakan dan kiosknya yang tersendiri. Minuman ini bukan hanya digemari oleh kanak-kanak sahaja abang budak, akak budak serta mak bapak juga amat mengemarinya juga.Khusainikusi yang berumur 23 ni juga tidak menafikan juga sejak diperkenalkan oleh member minum cool blog nie memang sedap rasa nak nampuluhnam kali aje minuman keramat nie...ketagih...hahahaha...





Mula dengar minuman cam tak caya juga...ada juga member blog yang jual minuman pada pandangan awal Khusainikusi...tapi Cehhhhh meleset sama sekali nama brand minuman nie rupanya..hahaha...cam kelakar je fikir awal...tapi kalau dipandang dari sudut yang lain ia juga boleh menaikan lagi institusi  blog yang sedang berkembang saban hari....* kalau x setuju x kisah pun.....

Perisa yang yang diperkenal oleh kiosk yang diusahakan semuanya selamat diminum dan korang mesti pernah rasa perasa tersebut. So tak payah lah risau sangat ia memang selamat untuk diminum...takkanlah nak jual minuman yang membunuh pulak kan... kan susah jadinyer....






Nak kenalpasti kiosk Cool Blog nie senang aje tak susah...colour nie memang kaum wanita atau gadis remaja amat mengemarinya budak kecik yang comel2 tue pon mesti suka...Apa lah kalau tak colour pink...mungkin ini adalah salah satu cara untuk menarik minat pelanggan datang kesitu dengan warna yang penuh ceria ini...


Harga yangditawarkan di Cool Blog nie berpatutan lah ...rasanya ia mampu dinikmati oleh semua orang...Perisa yang digunakan dilihat sesuai lah dengan harga yang ditawarkan ...So tak ragu2 lah kalau nak berbelanja beli minuman nie...Yang penting kalau ada sesuatu yang baik boleh dinikmati apa salahnya kalau kita nak mencuba sekali sekala....





Lagi berminat nak beli bila yang jadi model untuk minuman nie bekas pelajar AF Heliza yang comel dan bermta bulat tue cam muka budak tecik gitu...lagi lah budak2, mak budakn abang budak suka nank beli kan....hihihihi gurau...

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut lagi mengenai pasal minuman boleh layari laman web  Cool Blog  ni sendiri....


Sebelum tue Khusainikusi nak  promote sikit bagi sesiapa yang ingin memenangi Ipad boleh lah join pertandingan nie iaitu K-PERAK dengan cara menghantar satu video pendek yang berkait dengan sesuatu yang menarik kat Negeri Perak...join yer..rugi tak join....

Khusainikusi: Lebih best kalau ada orang belanja Cool Blog bertambah sedap untuk dinikmati..hihihihi




Wednesday, November 14, 2012

Salam Awal Muharam

Assalamulaikum dan salam sejahtera











Lagi beberapa minit aje lagi tahun di dalam bulan islam akan bertukar ke tahun baharu...Alhamdulillah sesungguh Allah itu Maha Pencipta yang mengetahui rahsia disebaliknya...Segala perancangan yang diaturkan oleh Allah tiada siapa yang tahu....Errrmmm ....apabila bercakap mengenai tahun baharu nie mesti setiap orang pasti akan mempunyai hajat serta sesuatu perubahan ini dirancang supaya menjadi nilai yang lebih berguna pada masa akan datang...rakan blogger ada hajat camtu...Walaupun perubahan itu perlu dibuat pada setiap masa ..tetapi niat untuk melakukan sesuatu perkara itu adalah dinilai terlebih dahulu oleh Allah...

Selain daripada berhajat untuk melakukan sesuatu perubahan didalam diri ...Jangan lupa taw dibulan awal Muharam ini juga terdapat banyak fadilat-fadilat yang ...kalau kita tak lakukan semua, salah satu di antaranya pun jadilah daripada tak buat langsung. Terceloteh pulak Khusainikusi ...okey lah diantara salah satunya ialah:-


1-Puasa .Maksud hadis : Barangsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. iaitu barang siapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.



2. Banyakkan melakukan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.


3. Berdoa dengan doa akhir tahun pada bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3 kali.

4.  Berdoa dengan doa awal tahun pada bulan Awal Muharam selepas Maghrib 3 kali.


Banyak amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan Awal Muharam ini sebenarnya..nanti Khusainikusi akan kongsikannya bersama. Biarlah yang sedikit ini diamalkan terlebih dahulu daripada tidak beramal langsung. Sikit2 asalkan dapat merasa....tak gitu...?? 


Okey lah nanti lepas solat asar nanti kita baca doa akhir tahunnyer...bersama lah kita mengimarahkan keberkatan bulan Islam yang telah diatur dengan penuh kebaikan yang tersirat seribu kebaikan di dalamnya.


KLIK SINI bantu Khusainikusi untuk sesape yang ingin menyertai pertandingan Filem Pendek yang berkaitan dengan negeri Perak


Khusainikusi: Jom kita nasyidkan bulan2 islam...  




Wednesday, November 7, 2012

Puisi Buat Wanita Yang Bercerai

Assalamualaikum dan salam sejahtera






Sering kali kita mendengar hanya pujian dan juga ucapan tahniah sahaja yang akan didengari apabila dua pasangan menjalani proses perkahwinan akan tetapi jarang sekali kita mendengar ucapan serta alunan pembimbing untuk salah satu pihak apabila telah menjalani proses perceraian. Kasihan pada mereka terutama kepada kaum wanita yang menjalani proses-proses perceraian. Ini kerana ia akan bertambah pahit dan perit apabila seorang wanita itu terpaksa menjalani dan menanggung perceraian itu seorang diri jika ia berpunca dari seroang lelaki yang bernama suami...kesian~~~Ini kerana sepanjang Khusainikusi membaca kes-kes yang ada difailkan Mahkamah ada juga sebahagiannya lelakinya begitu.Oleh bacalah serta hayatilah puisi ini :-


Wanitaku sayang,
Jangan sesekali berasa lemah,
Perceraianmu terkandung hikmah,
Ia bukan tanda kau bersalah,
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.

Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
... Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.

Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.

Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.

Wanitaku sayang,
Meskipun mereka insan ternama,
namun perceraian tetap menerpa,
itu tanda engkau dan suamimu tidak hina,
masing-masing ada sebabnya.

Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.

Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?

Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.

Wanitaku sayang,
Tika kau yang mulakan perceraian,
Ia rukhsah yang dimaafkan,
Selagi alasanmu bukan sebarangan,
Tegakkan hak Allah dalam ketaatan.

Wanitaku sayang,
Tika kau tekad inginkan perpisahan,
Kau berhak singkirkan kesengsaraan,
Berhikmahlah mengambil kelonggaran,
Menadah tangan, pohon keredhaan.

Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja.
 
 
Khusaikusi: Terkadang kita kena pandang dari sudut yang lain...Tak gitu..???

Saturday, November 3, 2012

Pernikahan Farid dan Diana Daniel

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Hanya Maniam mengenal Manikam...Bagai Pinang dibelah dua dan pelbagai lagi bidalan yang dikira bersesuai dengan pasangan yang secucuk digandingkan . Begitulah bidalan ini sesuai ditujukan kepada pasangan yang baru sahaja mengikat tali perkahwinan diatas dua jiwa yang telah bersatu iaitu kepada Farid Kamil dengan pasangannya iaitu Diana Danielle. Yang mana telah dilangsungkan secara sederhana Hotel Flamingo.


Ini lah gambar sepanjang majlis pekahwinan:







Nak lebih lanjut mengenai merpati dua sejoli ini boleh tonton di Astro pada jam 9 malam dalam liputan eksklusif Perjalanan Cinta Diana Danielle dengan Farid Kamil ....Tonton dan hayatilah perjalanan cinta mereka.

Sumber gambar :beautifulnara.com


Nervous Nak Praktikal...

Assalamulaikum dan salam sejahtera....

Perasaan nervous akan sesuatu bidang dan pekerjaan yang baru diceburi sudah semestinya boleh meningkatkan kadar adrenal dalam diri seseorang itu terutama kalau first time. Hal ini juga turut sama dirasai oleh Khusainikusi sebab hari isnin nie akan menjalani satu pengalaman dalam bidang pekerjaan..entah camne lah pandangan mereka-mereka terhadap Khusainikusi nie...Tpi berharap boleh jadi member2 nanti...





Jadi kalau nak nampak cam boleh masuk n boleh join sekali..Khusainikusi boleh lah kongsi sikit2 lifestyle diorang cmne menceburi bidang pekerjaan terutamanya dalam bidang yang melibatkan bidang perundangan nie...

Oppss...lupe plak nk bagitaw sebenarnya Khusainikusi akan bertugas di sebuah firma guaman yang terletak  Seksyen 19 di Bandar Baru Bangi yang mana dekat aje Kajang...nanti kalau free2 boleh lah datang kt sini boleh pi makan sate Kajang yang orang cakap best sangat tue...

Disepangjang Khusainikusi berpraktikal kat firma guaman ini ada 3 orang sahabat Khusainkusi yang turut menemani bersama..Tq to Wan Abdullah, Nur Islami, Muhamad Iezhar sbb invite as ur partner dalam praktikal nie. Selama 2 bulan nie kita akan bakal mengharungi pengalaman yang sangat berharga nie...nanti boleh share2 sikit apa ilmu yang ada dada tue yer....

Yang paling nanti kami telah dijanji oleh Tuan Punya firma untuk dibawa ke mahkamah bersama ..wah mesti seronok dapat masuk masuk...Sebenarnya dah lama dah berhajat nak masuk mahkmah...dari kecik lagi baru sekarang dapat masuk...mesti best..tengok Hakim duduk dengan megahnya duduk di kerusi beliau..para peguam yang bijaksana dengan segala statut dan bukti yang ada kat hadapan meja yang telah tersedia ada dihadapan mereka.Melihat OKT ( Orang Kena Tuduh), pihak bertikai dan respoden dengan muka yang ketakutan, keceriaan serta pengharapan * wah cam tahu2 jer...

Tapi yang paling penting ialah pengalaman yang berguna dan berharga yang patut dikutip di sepanjang menjalani praktikal...Doakan yang terbaik untuk Khusainikusi dan rakan2...


Khusainikusi: Nervous nie...Aduhai...