Monday, August 27, 2012

Cemburu, Tanda Sayang ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari nie entah dari mana dapat seru dengan tetibanya hati ini tergerak nak post pasal jiwang-jiwang sikit. Adakah Khusainikusi dah buang tebiat di bulan syawal ini atau terkena sampuk?.Muahaha..suka hati khusainikusi lah~~hihihi...gurau jer...

Kenapa nak cerita pasal cemburu pulak ni...mesti ada sebab. Yelah~~khusainikusi kan solo lagi dan selalu dikelilingi oleh orang-orang yang jiwa dan raga telah berkongsi dengan orang lain.So masalah2 bercinta mereka2 itu selalunya tempiasnya itu akan terkena sikit lah pada khusainikusi..ye lah mana taknyer bilik badmood jer member sebilik tue adalah masalah lah tu dengan pacarnya itu~~ so kita yang masih available nie duk mendengar je lah keluh kesah mereka2 itu...Tapi takper nanti boleh guna sebagai pedoman kalau dah ada kapel..hahaha*perasan je lebih~~

Sebelum celoteh melalut lagi, jom kite tengok apa yang dimaksudkan dengan cemburu ni...


hebatnya cinta

Cemburu adalah perasaan iri hati terhadap pasangan sekiranya pasangan memberikan perhatian kepada orang lain.Nak mention sikit yer kt sini pasangan ye bukan orang lain yang rapat dengan kita macam kawan baik yang mana masih lagi menjaga batasan syari'e diharap jangan cemburu tak kena tempat.Kalau cemburu yang bentuknya sebegini adalah cemburu yang menunjukkan tanda perhubungan yang tidak sihat. dan menjadi lebih teruk lagi pada masa akan datang.

Info yang menarik lagi adalah cemburu yang melampau adalah bukan berkisarkan cinta adalah merupakan penguasaan ke atas diri pasangannya serta menghalang kebebasan lebih2 lagi pada masa tersebut kita ini masih belum mengikat tali perkahwinan~~ bak kata orang " dah berlaki bini padahal tak kahwin lagi".

Oleh itu rakan2 blogger sekalian~~

Sekiranya cinta itu sejati, perasaan itu akan bertukar kepada kasih sayang yang amat mendalam terhadapnya. Tetapi sekirangya ia mengikut hawa nafsu yang kebinatangan*amboi..hihihi sperti berahi,tariakn fizikal selalunya ia akan berakhir dengan kegagalan perhubungan.~~

Wah ...ayat khusainikusi malam nie .Kembang lobang hidup kojap nie ha...tapi itu hebatnya kuasa cinta. Siapa yang pandai mengawalnya didalam perhubungan, SYABAS khusainikusi ucapkan. Bagi yang tak mampu.setiap orang penerimaannya adalah berlainan tapi takper kita pandang dari sudut yang berlainan pula.

P/S: cinta tue buta tapi jangan buta kerana cinta~~

Wednesday, August 22, 2012

tip pulang ke bandar selepas Hari Raya

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Huh~~puas sudah kita menyambut hari raya selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga...setelah menjelang hari raya lapar dan dahaga itu akhirnya setelah membedal kuih muih yang tersedia...hahaha.

Sedar atau tidak sudah 4 syawal sudah kita meraikan hari yang penuh dengan kebahagiaan nie ini~~~Khusainikusi pun nak mintak maaf kalau ada tersilap kata, merepek tak tentu pasal, tersingung perasaan ...dari hujung kaki sampai ke atas kepala lah khusainikusi mintak maaf yek...

Kalau ingat entry yang sebelum raya khusainikusi ada postkan mengenai tip2 sebelum nak pulang ke kampung. Kali nie nak bagi lah sikit tip nak pulang semula ke bandar @ ke tempat masing2 lah...dah lama2 duk kat kampung kena lah pulang juga kan...entah macam mana lah keadaan rumah kita yang ditinggalkan entah elok entah idok yek* nape teman cakap perak pulok nie...hahaha


Ini ada lah diantara tip2nya:


1. Rancang perjalanan anda
Kenal pasti laluan yang akan diambil oleh anda supaya tidak teragak-agak.Supaya nanti tidaklah tersesat. Balik kampung jalan lain pulang ke bandar lain..kan misteri namanya tue..hihihi.yang paling penting kenal pasti tempat rehat supaya dapat melepas lelah supaya segar kembali.

2.Dapatkan rehat yang mencukupi
Elakkan memandu di tengah malam atau awal pagi kerana waktu itulah tubuh amat memerlukan rehat yang secukupnya.Rehat lah secukupnya selepas itu teruskalnlah perjalanan.Satu lagi kalau lepas kerja atau selepas makan yang mengeyangkan rehatlah dulu bagi cool down perut dan badan anda terlebih dahulu.

3.Elakkan minum dan makan ubat yang beri kesan mengantuk
Kalau rasa tak sihat seeloknya rehat lah dulu jangan terlalu memaksa tubuh badan anda untuk menerukan perjalanan dan juga suka marah2,frust dan sebagai minum minuman yang memabukkan bukanlah pilihan yang baik ketika anda ingin meneruskan perjalanan ..ingat tue...

4.Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan
Ini adalah merupakan langkah terakhir dan yang paling penting sekali periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator.Sistem pencahayaan,tayar cukup angin ke tak dan ada tayar ganti ke tak dan last sekali periksa sistem brek okey ke tak.


khusainikusi
ingat tue..:)



Segala tip yang dinyatakan diatas adalah merupakan satu pencegahan dan persediaan awal sebab pepatah orang dulu pernah menyatakan " Malang itu tidak berbau". Akhir kalam semoga tip yang tak seberapa ini dapat di kongsi bersama.o0o0o0opss nanti dulu belum terlambat khusainikusi ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin serta heppy sokmo:)

P/S: berhati-hati dijalan raya

Thursday, August 16, 2012

Tip tinggalkan rumah sebelum raya

Assalamulaikum dan salam sejahtera...


Tinggal beberapa hari je lagi sebelum umat islam diseluruh dunia termasuklah Malaysia akan menamatkan kejayaan berpuasa di bulan Ramadan dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dalam menantikan kedatangan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi,

Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Cegah dahulu sebelum terlewat....kalau dah terkena nak minta tolong kat orang pun rasanya dah tak sempat. Kali ni khusainikusi nak kongsi panduan / tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidil Fitri.

1.Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum korang nak balik kampung tu berpesan-pesanlah dekat jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita. Kalau jiran pun pakat-pakat balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran berapa hari korang takda dekat rumah. Ini lah pentingnya berjiran dan menghargai abang-abang polis bila kita dalam kesusahan.

2.Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Sebelum korang berangkat untuk pulang, sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Pastikan korang menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur yang dah lama tue boleh digantikan dengan yang baru. Cara ini merupakan langkah yang terpenting sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.

3.Serahkan kunci pendua kepada orang yang kita percaya
Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bunga. Sebenarnya cara sebegini memudahkan lagi tugas pencuri untuk masuk ke rumah korang.Sebab kebanyakan pencuri sudah mengetahui taktik sebegini Jadi, jangan sesekali berbuat sedemikian.

4.Matikan semua suis dan gas
Bagi menjaga keselamatan harta benda korang, silahlah periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.

5.Elakkan memasang lampu luar
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.

6.Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.


P/S: Semoga dipermudahkan olehnya...hati-hati nak balik kampung tue...

Wednesday, August 15, 2012

Kuih Tatku Sayang

Assalamulaikum dan salam sejahtera....


Huh lagu raya berkumandang kat pasar2 raya,kedai2 makan yang paling best kat bazar pun dah pasang...ceh so excited giler...makin bertambah rancak lagi bile ke bazar ramadhan terlihat orang dah start jual kuih raya yang mak aih...kalau susun kuih tu mesti dah tak nampak dah tokey gerai kat mana duduknya kat mana....

bercerita pasal kuih... setiap orang pasti ada kuih kegemarannya sendiri...ada yang suka makan bahulu, elmond london , mahupun kuih semperit....khusainikusi pon ada kuih kegemarannya sendiri...jeng2....salah satu kuih kegemaran khusainikusi ialah KUIH TAT kegemaran kalbu sekali makan ...nak makan lagi.....huhuhu



yum2 sedapnyer



Rapuh bila dipegang dan mula mencair didalam mulut....peghhh...lebih best bile jem nenas tersebut mula digigit...*pejam mata sambil menghayatinya...hahaha...

Bukan senang taw nak buat kuih nie...kadang2 rasa agak ke laut lah bagi sesiapa yang berapa pandai nak buat....*komen membina..hahaha...so buat dengan ikhlas hati dan teliti supaya dapat update sikit skill nak buat kuih macam nie...hahaha* pandainyer lah komen...


Ekcely kuih mana2 pon khusainikusi tibai jer...tak kisah..janji sedap rezeki yang tuhan bagi kat kita nie...yang paling penting kuih semuanya kuih buatan Malaysia...Im so proud sebab rakyat Malaysia nie memang pandai buat kuih ....huhuhu....


Okey lah...jangan pesanan khusaikinikusi jangan makan banyak2 taw masa raya ...nanti sakit perut ...takde sape nak tolong bawak g hospital...huhuhu


p/S: jemputlah khusainikusi datang ke rumah..pasti akanku habiskan kuih rayamu...hahahaha

Tuesday, August 14, 2012

Takbir Raya




Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah sedar atau tidak lagi beberapa hari je lagi kita nak nak meninggalkan bulan ramadhan kareem ini..rindu rasanya dihati disebabkan diri sendiri masih lagi serba kekurangan tanpa ada sebarang penambahbaikan....

Kalau di bulan ramadhan di dalam solat terawih alunan terawikh sering kali dialunkan ...akan tetapi ia akan semakin kesayupan apabila ramadhan meninggalkan kita...maka ia akan diganti dengan bakal takbir yang berkemundang di bulan syawal...owh..alangkah indahnya aturan tuhan setelah bermujahadah lalau diganti dengan kegembiraan sebagai impalan atas apa yang kita lakukan....

Disini disediakan satu skrip takbir yang mana kita boleh laungkan di bulan syawal nanti mana lah tahu kita terpaksa duduk kat barisan awal sekali pastu ada orang bagi mic...mengagau lah korag duk kat situ kalau hafal takbir raya...bagi yang ada darah gemuruh tue boleh mengulang banyak kali takbir raya nie sebagai pengukuhan...manalah lah tau kat rumah kita bukan main lagi confident giler pastu duk kt saff depan sekali gagap pulak jadinya...cmne nak menjawab....den pon tak dapat nak menolong...oleh itu hayatilah maknanya sekali yang telah disediakan...






p/S : selama beramal mana lah tahu boleh ganti imam masa raya nanti ..hihihi



Friday, August 10, 2012

Apa erti cinta

Assalamulaikum dan salam sejahtera.....


cinta


Huh~~entri kali ini agak buang tebiat sikit dengan tetiba je nak tulis pasal cinta nie...ape kenelah Khusainikusi kali nie..tapi ape pon orang cakap... khusainikusi tetap nak tulis jugak...lantak lah~~~hahaha...

Okeylah ada sebahagian orang menganggap cinta itu terlalu khusus akan tetapi ia sebenarnyer meluas dan tak terhad pada satu perkara...menurut buku yang aku baca nie...CINTA nie ialah satu kebebasan yang tidak satu pun hukum alam boleh menghalangnya...* siapa yang cuba halang siap ler...ok sambung balik.....Ia seperti air yang mengalir deras memburu muara dan laut ialah destinasi terakhir setelah melalui perjalanan yang panjang *chewahhh...amacam best x ayat aku nie...hahaha...


Antara tanda- tanda orang yang telah jatuh cinta ialah:


1. Hati selalu terkenang

2. Bersedia berkorban

3. Perhatian yang melimpah

4. Selalu bersemangat

5. Menyenangi segala yang dari yang dicintainya



 cinta khusainikusi


Apa yang dinyatakan diatas cuba kita bayangkan tanda tersebut timbul tapi bukan pada manusia tapi sesuatu yang kita suka buat...Ohhh...uniknya nyer cinta tue sampaikan perkara yang luar biasa pun manusia sanggup buat contohnya sanggup hadiah Ferrari pada orang kita sayangi sebab kita cinta sangat kat dia~~~


Mengenai uniknya cinta ini ~~di dalam Al-quran sendiri telah disebutkan sebanyak 83 kali berkenaan mengenai cinta dengan beberapa perkataan Habbaba, Ahbabta, Uhibbu, Tuhibbuu, Tuhibbuuna dan macam2 lain lagi....cinta pun ada lafaz dalam al-quran banyak pulak tue...hebatlah~~

Oleh itu dont judge cinta itu pada suatu sudut sahaja.....

P/S : Tapi lebih baik cinta kat Allah lebih banyak manfaat dan kebaikannya.

Kad Kahwin Comel Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum dan salam sejahtera....







Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Don Daniyal sila angkat tangan...?? hahaha... Ustaz yang muda dan kacak bergaya dan sering muncul dia telesyen yang bertaraf selebriti ini baru sahaja mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan pilihan hatinya iaitu Husna.

Ustaz Don Daniyal bakal melangsungkan perkahwinannya pada 25 Ogos 2012 ini di Penang dan 1 September 2012 di Kajang, Selangor.*kena pegi nie.....hihihi


Yang paling menarik perhatian ialah kad walimatul urus dari kedua pasangan ini comel dan menarik * ustaz nak satu..hihihi..kalau dapat lah~~~






P/S : Ustaz Don Daniyal semoga berbahagia hendaknya....

kredit to hangat.my

Thursday, August 9, 2012

Semuanya bersebab~~

Assalamulaikum dan selamat sejahtera


Huh~~ hari nie barulah ada masa nk buat keje update mengupadate blog nie yang telah ditinggalkan beberapa hari yang lampau lantaran kerja yang nak last2 minute nak mengejar hari raya bulan pose punyer pasal . So kesannya serabut lah jadinya...tapi SABAR...ada hikmah nyer nie...nanti Allah balas balik mungkin dengan impalan yang lebih baik...AMIN~~~


Hari ni Khusainikusi terbaca lah ayat dari gambar nie yang menarik minat untuk kita berfikir sejenak. So nie dia:




Daripada ayat tersebut dapat kita pelajari setiap yang menimpa kita tue sebenarnya merupakan satu jalan baik pulih agar kita lebih memahaminya dan mengatasinya....seperti contoh bila kita berada dalam keadaan status kewangaan yang agak merundum so kaedahnya berjimat lah..


Bersyukur sangat kalau kita ada pemikiran sebegini mempelajari sesuatu daripada menyalahkanya terus...itulah merupakan ciri2 orang yang mengunakan kesempurnaan akalnya dengan baik...jangan lah jadi seperti kata2 orang " guna lah otak tue sikit, nanti yang selebihnya nak bagi kt ulat makan ker" * sentap sikit ayatnya....hihihi...untuk menunjukkan bila kita tahu berfikir kita mesti tahu ada sebabnya dijadikan sebegitu...


Oleh itu fikirkanlah...dah dekat hujung bulan Ramadhan yang mulia nie same2 lah kita berfikir nak buat sesuatu yang baik...ada hikmah,jawapan dan penyelesaian tue...


P/S : insaf lah dan renungkan.....~~

Thursday, August 2, 2012

xde rezeki jangan nangis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....


Tetiba je lepas sahur n subuh...mata pulak x boleh nak tutup* kantoi tido lepas subuh....hahaha...xde keje nak buat ...jari jemari dengan outomatiknya men'swicth on' kan laptop maka terpost lah entry ini......sebenarnyer xde keje nie nak buat....cuma nak post gambar yang didalamnya ada pengajaran yang tersurat,tersirat dan terkandung* banyak pulak 'ter' yer...adalah seperti berikut....




Maknanya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik bagi umatnya...sebab apa kalau manusia kalau bab meminta- minta nie memang "TERBAIK"....terkadang melampau....so bila x dapat mula frust....mungkin ada hikmah disebaliknya mana lah kita tahu....mungkin ada yang lebih baik lagi Allah nak bagi....kesimpulan kalau x dapat apa yang kita tak dapat tue...bersyukur dengan apa yang ada dan guna yang perlu2 sahaja....


p/S : terkadang kedudukan yang rendah itu lebih baik yang tinggi...so bersyukur

Wednesday, August 1, 2012

Steamboat VS Perut Gagah

Assalamualakum dan salam sejahtera semua...

Sedar atau tidak dah 12 hari dah kita pose...masa berlalu dengan begitu cepat...dah berapa lama dah dok pejam n celik itu pon tak sedar lagi....tue lah nak menunjukkan masa tue memang pantas berlalu~~~

Sepanjang bulan puasa nie ...dah banyak dah kita berbuka dengan pelbagai juadah...maklum lah bulan nie ....banyak dapat jemputan berbuka pose dengan member tak kiralah ke bazar ramadhan atau restoran* feel mcm popular lah plak.....khusainikusi pun x terlepas dari perbuatan2 yang dinyatakan sebentar tadi....hihihihi....Syok w0o0o....pasal duit tue kisah dah....lagipon sekali dalam bulan pose kalau kita nk makan besar ape lah salahnyer...tapi janganlah sampai ke tahap membazir....membazir kan amalan syaitan...walaupun sebilangan syaitan kena ikat ..tapi yang membazir tue lah yang syaitannyer* sory statement agak sentap sedikit... maknanya jangan kita membazir~~~


nak tahu betapa best nyer juadah masa bulan nie adalah pi makan steamboat yang tema eat all u can.....uishhh tapi hajatnya ke laut becoz x mampu nak memenuhi p
ermintaan tema ..cuma ambil yang cukup2 makan jer...nanti membazir plak... walaupun telah mintak bantuan dari pihak2 yang perut mereka mempunyai daya ketahanan yang lasak dan berkuasa...still masih x mampu....



perut pertama dan kedua yang berkuasa~~




perut berkuasa yang ke-3 & ke-4 masih lagi mampu bertahan




perut ke-5 agak semput disitu namun masih gigih




perut ke-6 sudah ke laut..hahaha


Alhamdulillah...habis juga akhirnya sebab dah ada orang belanja ...nanti kalau makan tak abis ...nanti tak belanja dah..hahaha.....makan2 nie sempena nak menghargai seseorang terutama yang nak belanja ...harus lah kena kipas ...hahaha...tq kepada Dinz (perut ke-6).....


So bulan nie pesanan khusainikusi kalau nak makan yang best2...boleh tapi jangan lah selalu...sampai dah takde duit nak guna atas sesuatu yang penting nanti....sekali sekala xper lah...jangan lah dah jadikan tempat yang grant2 tue macam korang duk kat situ plak kan...susah ler korang macam tue....k lah...kalau ada sesape nak belanja khusainikusi ...sediakan mengagahkan perut untuk makan n minum ...hahahaha


P/S : selagi mampu~~~ makan ~~...