Sunday, July 31, 2011

Terawikh + Makan

Salam....Alhamdulillah ...dah selesai sudah solat terawikh yang pertama tadi...moga Allah menerima solatku tadi ( pasrah je ayat aku nie )....
semoga hari2 yang seterusnya agak berjalan lancar hendaknya.....besar fadilat bagi siapa yang tunaikan solat terawikh penuh nie....itu korang boleh bace sendiri kat mana2 maklumat yang ada kat buku ker...kat internet ker....
tpi jgn memilih2 pulak hari ape yang yang rase best je....kalau boleh buatlah seikhlas mungkin........

Kalau tadi cerita pasal fadilat solat terawih ....sekarang nie nak citer pasal makanan ape lah yang sesuai nak makan bagi tambah tenaga masa bulan pose nie.....kite ni kalau bulan jer ...selera usah cakaplah memang besar gila lah...semua benda nak telan....AWAS.....nanti datang mudarat pada diri pulak...kang tetiba berbuka pose kat hospital plak....sape susah aku jugak ( tetiba plak...hihihih)..
ni nak bagi tip nie ....mase pose makanan ape yang kita patut ambil:

1.Makanan lah buah-buah dan sayur2 yang segar. Tulah pasal makan kurma tue jadi sunnah Rasulullah...ada hikmah disebalik tue...jgn pandang leceh jer ...bagus tue.....Serat yang terkandung dalam makanan ini akan dijadikan tenaga bagi badan kita...( memandai je aku )...

2. Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan sebab ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan. Nanti orang sibuk nak bagi badan yang sihat dalam bulan pose kita pulak nak bagi badan sakit dalam bulan pose ....sape yang susah...aku gak yang susah ( xde kene mengena ). Banyakkan minum air kosong/jarang n sewaktu dengannya...sebab ape mase bulan pose nie kita badan kita banyak hilang air...

3. Jangan ambil makanan yang masin2...kang pening plak terutama yang high blood 2..... huisshhhh....elok2 kita wat ibadah dalam bulan pose nie...ke hospital plak peginyer....



Semoga tip yang seciput ini dapat dikongsi bersama dalam bulan pose Almubarak ini......Insyakallah....

P/S : Tak sabar nak pi shoping Bazar Ramadhan sok.....nak ikut.....tpi kne belnja lah...hihihihi

Saturday, July 30, 2011

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan



Assalamualaikum....

Lama x menjengah blogku ini...bersawang dan berhabuk...hahaha...sibuk sejak akhir2 nie...nie baru ada mase free.Pejam celik3x....dh nak masuk bulan pose....sungguh x sangka ...masa itu berlalu dengan cepat...tapi jangan mengeluh sebab bulan ini lah yang dinanti-nanti oleh semua umat islam dalam bumi Allah ini....Owh ~~~ rindunyer bulan ini.

Dalam bulan ini jugalah ramai yang mengambil kesempatan berazam pada diri untuk memperbaiki segala perkara buruk yang tidak disukai Allah * harap2 jgn dalam bulan puasa je teruskankanlah beramal soleh.....:):). selain daripada itu juga ada bulan nie gak ada yang berhasrat nak turunkan berat badan...yeah ..seperti selalu...tpi kalau nafsu dah tak tahan tengok makanan tue...azam tue telan je lah dalam perut tue sekali...tpi the point is utamakan hikmah suruhan yang Allah suruh buat nie..

Ermmm...ape lagi yang best masa bulan ramadhan nie...tentulah yang bukak gerai kat bazar ramadhan tue....Al-maklum setia hari tak putus2 orang nak g bazar nie...Boleh jadi kaya lah sepajang bulan Ramadhan...TAPI...lagi sweet kalau duit tu kita buat sedikit amal sedekah...and then solat terawih kita x tinggal...Ya Allah manisnyer ramadhan itu.....

Hah satu lagi lagi bagi yang boros tue masa ini lah kita nak jimat duit...membazirkan amalan syaitan taw...hihihi...syaitan pon digari dalam bulan puasa nie...so take advantage...kenakan syaitan balik...:):):)

So setakat nie jelah nak bagi bagi kesronokan dalam menyambut bulan puasa nie....INGAT.. dalam menyambut bulan puasa jgn kita hanyut dengan nikmat yang telah disedia ada itu...

P/S : weeeee....excited nak pose...

Friday, July 15, 2011

Penting ke berpersatuan nie…???

Assalamulaikum ….
Salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua ….sebenarnye xde apa yang nak ditaip dalam entryku kali ini…coz suasana kat luar sana yang hujan reyai2 memungkinkan aku rasa mengantuk aje….Okey2…berbalik kepada tajuk nie balik …masih ramai lagi yang menggangap berpesatuan nie membuang masa n menghabiskan duit jer….

Owh tidakkk….anggapan nie meleset terlalu meleset sangat….sbb apa suatu masa dahulu adalah seorang budak junior aku nie kata “ Eleh buat ape masuk persatuan nie bukan dapat duit pun…lain lah cam aku nie meniaga sambilan dapat lah gak duitnyer “ ……Wah begitu ego dia begitu ….

Bagi aku salah satu benefit kalau kita berpesatuan nie…dapat berkenalan dengan ramai orang…ye lah kita dah tau kita nie memang tak suka nk bersosial ( pemalu lah dalam kategorinyer ) ngn masyarakat ker ngan komuniti kita dari sini kita nk bermula nnti x lah kekok….uishhh….

Kalau nak cakap pasal membazir duit ….rasenyer xlah kot…coz dari pesatuan kadang kala kita leh duit sampingan…misalnya persatuan usahawan contohnyer kalu join dapat lah duit walaupon x bayar dapat gak lah duit kannn…???

 


 



Lagi satu dari segi pengalaman dan penambahan ilmu pon banyak gak akan diperolehi….contoh selama nie kita tak pandai nak buat kertas kerja programI (Proposal ) lama2 boleh pndai gak….membazir ker…??? Hah dari segi pengalaman…selama nie x pandai mengarah lama pndai mengarah n membahagi tugasan …membazir ker…??? Input berguna tuu…nnti kalau dah ada syarikat taklah pening setidaknya basic dah ada……

Kebiasaannya ….kalau join aktiviti berpersatuan nie akan dapat sijil….hah!!! sijil tue lah nnti berguna ….supaya majikan yang nak ambil kita berkerja taw kita nie memang pndai buat kerja…..



Oleh itu paradigma ini kita cuba untuk buang jauh….setidak kita fikir mesti ada benda yang baik dalam apa yang kita buat 2……KAEDAHNYER….berpesatuan lah….best woo…masa muda belia cmnie lah kita nak buat kerja camni kannn….???

P/S : J0in persatuan …buang masalahx3…..hahaha ( suka2 hati aku je)

Thursday, July 14, 2011

Manisnyer Sabar itu….

Salam sejahtera diucapkan kepada muslimin dan muslimat yang mendiami bumi tuhan yang diciptakan indah bagi sekalian alam…Hari ni entry kali akan mengakar kita suami mengenai apa yang dimaksudkan dengan erti kesabaran itu…sering kali apabila manusia menghadapi musibah ungkapan ini selalu diucapkan “ Sabar lah …semua ini ketentuan Allah “ ….ayat macam dalam filem2 gitu…

Akan tetapi tetapi ia bukanlah mnjurus kepada keadaan itu sahaja tetapi merangkumi segala aspek . Oleh dapat dikelaskan disini sabar tue ada banyak jenis ….

Yang Pertama
Kesabaran hamba dalam menghadapi perintah yang diperintahkan olehNya maksudnya disini manusia itu hendaklah sentiasa istiqamah dari sudut jiwa dan raga ketika menjalani perintahNya itu…..Ini kerana kita sering sering mendengar ucapan ini yang bahawasanya manusia akan sentiasa diuji…oleh buat apa kita selalu hendak berlindung kelak akan juga diuji…hadapilah ia dengan redha….x gitu semua….??? :)…

Yang kedua pula
Sabar dalam meninggalkan larangan Allah; manusia akan sentiasa akan didampingi oleh hawa nafsu….pernah x kita selalu tidak bernafsu seperti contoh nafsu nak makan, nak mandi..pernah kan??? Kalau xde nafsu bukanlah manusia lah…Alien lah tue….hihihihi…oleh itu sabar dalam kategori ini seseorng itu akan berjihad melawan hawa nafsu yang yidak disukai oleh Allah. Sape yang mencuba melawan hawa nafsu yang tidak disukai oleh Allah maka salah satu nikmatnya dijanjikan syurga kepadanya…nah tengoklah baru je sabar dh dapat ganjaran macam nie…nie belum lagi wat amalan baik yang lain lagi….

Yang Ketiga
Sabar dalam menghadapi musibah. Sabar dalam kategori ini akan dapat dikecapi apabila seseorang itu mengerti yang sebenarnya dunia ini ialah suatu tempat untuk seseorang itu menerima ujian dan cubaan dari Allah….Dunia nie bukan untuk enjoy jer…oleh itu waspada lah…supaya mengerti konsep kehambaan dan betapa lemahnya manusia tertakluk kepada kudrat yang dianugerahkann kepada manusia ini..
Oleh itu bersabar lah kalau boleh bersabar…….






P/S: Indahnyer sabar …..sabor ajelah…..

Thursday, July 7, 2011

sape kata tak hebat....:)

Salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh dunia yang ada dalam bumi yang aman dan tenang …terutama kat Malaysia…Alhamdulillah….wah ayat aku macam pencinta alam lah plak…tapi memang patut kita bersyukur….So apa kaitan denga tajuk aku yang atas nie..Ishhh termengarut pulak aku…ok lah straight to the point….ramai yang menganggap lelaki bujang nie kalau suka duduk kat dapur jer bila boring2 nie macam orang perempuan..PENYATAAN ini adalah tidak berapa tepat sebenarnya …cuba kita fikir dengan gambaran yang kasar…mati kering lah kaum lelaki kalau x masuk dapur kalu macam tue…alahai…lapooorr….Persoalannya hebat dan handal ke kaum lelaki bila masuk dapur nie….???? Betul ke tak nie…??? Tapi kalau kita tengiok didalam rancangan masakan kat tv kebiasaanya kaum lelaki kira hebatlah tue… taklah x pandai sangat mungkin sebahagiannya saja…

Tapi fokus kali nie kearah orang lelaki yang bujang ( macam aku nie hah..) bujang ker??? kawin pon belum lagi …hahahaha….Okey fokus balik pada tajuk perbincangan ni…kalau lelaki yang suka menjaga personaliti nie ada istilahnya sendiri iaitu metroseksual , kalau yang perlakuan nak sama macam perwatakan perempuan tue kita gelarkan ia sebagai transeksual, so lelaki yang memang suka memasak nie pon ada gak istilahnya tersendiri iaitu GASTROSEXUALS yang mana maksudnye kelompok2 lelaki yang menjadikan memasak didapur sebagai hobi yang utama….istilah nama dia pon nak dekat dengan nama gas kannn tu lah sesuai gune istilah nie….ada sesetengah pendapat menyatakan kalau lelaki nie memasak didapur akan menyerlahkan lagi kekacakan ,perwatakan n kemaskulinan lelaki nie…best giler woo jadi lelaki nie …memasak pon dh nampak macho….










Disini dinyatakan kenyataan2 yang lelaki memang hebat dalam bidang masakan nie …so bacalah…

1. Menurut kajian America Food Channel ( AFC) dalam bagi sesiapa yang melanggan siaran berbayar ASTRO tue …hampir 60% chef yang melepzzz…(meletop) kat hotel yang terkenal didunia nie semuanya lelaki n yang selebihnya kaum wanita ….

2. Satu kajian yang dijalankan 60% wanita seluruh dunia beranggapan lelaki yang mahir mamasak nie seksi dan mamapu menarik minat lelaki tterhadap mereka ( ok…lepas nie semua lelaki yang ada kat Malaysia nie pakat2 pi kelas memasak…) senanglah sape yang dapat kahwin dengan lelaki yang macam nie….

3. Memasak nasi merupakan hidangan yang paling ringkas tapi paling mencabar bagi para lelaki ( mungkin kena control airnya…kalau banyak air kang lembik plak kalau ckit air plak keras cm batu plak…korang nak makan x …??? Nnti ke tong sampah gak kita bagi makan…tapi wanita pon begitu juga…( kajian yang kata bukan aku yer..) hihihi…

4. Amat sekali kaum lelaki kalau memasak akan memakai apron ketika didapur ia akan digunakan sebagai kain buruk untuk lap tangan atau cuci kotoran disekitar dapur gas…( mungkin ketika memasak kaum lelaki nie cermat kot…yelah nak memasak bukan nak pegi berperang kan …?? kalau x abis lah dapur tue jadi tempat untuk membunuh plak…hihihihi)

Uishhh…kalau nak cerita kelebihan n apa lelaki x suka buat masa memasak …rsenyer sampai bila2 pon x abis….xper kalau ada masa lagi kita sambung lagi…sebenarnyer banyak lagi nie….semoga yang sikit ini apat membantu kaum lelaki agar lebih bersemngat lagi untuk memasak…ianya bukan sahaja untuk perempuan…bak kata pepatah aku “ tangan yang sasa juga mampu memegang sudip n senduk dengan lembut n berseni” ..hahahaha…merepek je nie…

P/S : lelaki memasak jelas kemaskulinannyer....okey..ada sape nak makan mee maggi aku buat…???? Best woo…