Thursday, November 26, 2009
Tidur 8 Jam Setiap Hari Rahsia Badan Kurus
Sekumpulan saintis berpendapat tidur mencukupi selama lapan jam setiap malam adalah rahsia untuk mengekalkan badan yang kurus.
Kajian itu mendapati mereka yang tidur kurang enam jam setiap malam atau lebih sembilan jam memiliki berat badan berlebihan berbanding mereka tidur selama tujuh atau lapan jam setiap malam.
Kajian disiarkan dalam Journal Sleep mendapati mereka yang tidak mendapat tidur mencukupi bertambah berat badan hampir dua kilogram (kg) berbanding mereka tidur bagi jumlah jam dicadangkan.
Mereka yang tidur berlebihan juga bertambah berat badan sebanyak 1.58 kg lebih berbanding mereka yang tidur selam enam jam yang dicadangkan.
Mereka yang tidak cukup tidur pula mempunyai 27 peratus lebih untuk menjadi obes manakala mereka yang terlebih tidur pula 21 peratus lebih berbanding golongan yang mendapat tidur yang mencukupi.
0 ulasan:
Post a Comment