Friday, November 20, 2009
Dengan kalori yang tinggi termasuk lemak tepu dan lemak trans, kentang goreng lebih memudaratkan kesihatan anda.
Dengan dunia yang serba canggih ini ,kulinari Barat semakin diterima dalam menu hidangan kebanyakan rakyat Malaysia. Kentang goreng adalah antara yang bukan lagi asing. Daripada menjadi hidangan popular di restoran makanan segera atau dihidangkan bersama sajian Barat seperti stik atau digoreng sendiri di rumah, kentang goreng begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja.
Masyarakat yang kita kenali sekarang bukanlah bangsa yang berada 'di bawah tempurung lagi.Kesedaran masyarakat terhadap kesihatan hari ini yang semakin tinggi mendorong kebanyakan daripada kita menyedari keburukan di sebalik kelazatan kentang goreng.
Menurut ahli pemakanan, kentang sebenarnya merupakan sumber karbohidrat yang baik, tetapi penyediaan kentang yang digoreng kemudian ditaburkan pula dengan perasa bagi menaikkan nafsu selera seperti garam menyebabkan menu ini lebih banyak mendatangkan
keburukan daripada kebaikkanya.
0 ulasan:
Post a Comment