Thursday, November 22, 2012

Maafmu ku Terima

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedang Khusainikusi melilau  mencari sesuatu bahan untuk kita sama-sama berkongsi tetiba mata ini terarah pada satu gambar yang menarik , comel dan terkandung didalamnya pesanan yang tersurat yang mana sangat berkaitan dengan kehidupan sebagai manusia yang sentiasa menjalani kehidupan bersilaturahim diantara satu sama lain seperti hubungan kita dengan sahabat kita, dengan adik beradik atau orang ramai yang berada disekeliling kita....

Nak tahu apa petikan ayat tersebut ??

kucing cute



Sering tak terjadi dalam kehidupan kita...?? Pada pandangan Khusainikusi semua orang pernah merasai keadaan sebegini meminta maaf walaupun kita tidak pernak melakukan kesalahan yang tidak menyakitkan hati demi menjaga hubungan diantar satu sama lain tapi dalam konteks untuk merapatkan silaturarrahim dengan ORANG ramai bukan dengan MAKWE/ PAKWE yang tersayang itu dah kes lain ...lain kali kita bincang tue.


Perkara ini terjadi sebab kita ingin menjaga perasaan dia. Sebab dia lah satu rakan, indivindu yang boleh dikatakan rapat dengan kita. Yang mana tiada mereka kita akan merasakan sunyi dan berpecah belah.
Keyword yang perlu dipegang sentiasa merendah diri.Jangan merasa diri kita sahaja yang betul dan selalu tetapi terkadang kita terpaksa mengalah. Kenapa pulak....??? kerana orang sentiasa rendah diri dan sentiasa mengalah dengan cara senantiasa memohon maaf ini diibaratkan lembah yang rendah takungi air. Ramailah yang yang tertumpu kepadanya .


Dengan perumpamaan itu  maka akan timbulah satu perasaan selesa bersama dengan mereka. AKAN tetapi janganlah kita mengambil kesempatan kerana menimbulkan satu perasaan yang anoyying atau menyampah sebaliknya terima sahaja dengan hati yang terbuka yang mana akan melahirkan insan yang mempunyai hati yang penuh sifat kesabaran yang tinggi. Kesannya tahap keserabutan itu dapat ditangkis dan menjadi tenang menganggap perkara itu sebagai yang biasa-biasa aja. Memang agak susah untuk mengamalkan dan tidak semua orang dapat melakukannya.

Realitinya sebahagianya apabila permasalahan yang datang kepada kita akan mula menyampah dan malas untuk melayannya. Dengan disebabkan itulah kita harus mengubahnya.


Tapi apa salahnya kita mencuba dengan mengunakan apa yang dinyatakan dalam petikan dalam gambar tersebut...Khusainikusi juga telah cuba untuk menjadi itu...moga setiap yang diusahakan akan terus istiqamah dan sebati dalam diri. Insya-Allah . Dengan pengkongsian yang sekelumit akan dapat dikongsi bersama.

Khusainikusi: Okey cuba untuk membuka hati menerima maaf dari orang lain... kalau keterlaluan sangat kena consider lah gak...:)






Tuesday, November 20, 2012

Doa + Gaza

Assalamulaikum dan salam sejahtera





Dinihari perkhabaran mengenai mangsa kekejaman Israel terhadap penduduk Palestine tidak penah putus. Setiap saat dikhabarkan mangsa yang meninggal dunia angkara peluru yang hanya menurut perintah penarik picu senjata yang tiada perasaan..Allahuakbar...Dimana sifat simpati mereka ..? Adaka hberselindung disebalik hati busuk mereka atau kering diterangi bahang kebencian  dihati mereka seperti mana yang telah termaktub di dalam Al-Quran.





Walaupun berada jauh dan tidak berada ditempat tersebut. Tetapi hati-hati ini merintih kesedihan melihat bangsa yang seagama diperlakukan sebegitu sedangkan ada sebilangan kita masih lagi leka.. Ataupun sedang bermonolog dengan diri dengan beribu pesanan yang mengajak bersama memerangi apa yang dilakukan oleh Irael laknatullah ini dengan menyatakan bahawa ia adalah merupakan perkara yang merimaskan..Ayuh bangkit lah kedudukan yang masih selesa ini...Walaupun kita kita tidak memapah senjata, tidak memandu kereta kebal, tidak melancararkan mortar serangan...TETAPI kita punyai rahsia hebat iaitu doa yang telah dijanji akan dikabuli oleh Allah jika penindasan terjadi kepadan umat Islam ini...Yakin dengan Allah bahawasanya kemenangan akan muncul nanti..Bersangka baik dengan Allah kerana terdapat hikmah disebalik persoalan kenapa dicipta kita (Manusia) supaya memohon pertolongan dengan-NYA.

 Marilah kita memohon kepada Allah semoga saudara kita dibantu penjuangannya...Semoga dengan doa Qunut Nazilah dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi musuh Islam yang durjana...Tadahlah tanganmu ..pejamkanlah matamu...tunduk dan khusyuklah hatimu...tangisi setiap rangka doa yang dibaca dan bayangkan perjuangan mujahidin bertempur dengan semangatnya....





Jika rangka lagu yang menghiburkan hati itu boleh dihafal masakan doa yang ringkas ini dihafal..? jika dihafal ia merupakan satu hiburan bagi mereka yang berjuang menegakkan agama Allah disana kerana ini adalah jihad dari jauh disampaikan kepada Yang Maha Mendengar Allah S.W.T supaya dikabulkan bagi tiada lagi penindasan serta agama islam dimartabatkan. Insya-Allah...

Khusainikusi: Hancurx3 Israel Laknatullah...


Jangan Salahkan Orang lain Bila Gagal





SETIAP orang pasti mengalami pengalaman menghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan.

Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, ‘memang aku malas belajar’, atau ‘memang aku tidak berusaha dari awal lagi’, atau ‘aku malas berusaha’. Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. Kelemahan sendiri jarang pula dilihat, apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu. Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.




Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu ‘Bangau Oh Bangau’, meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya. Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra’d ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.

Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.

Dari Ustaz Zawawi Yusof

credit : suatuperjalananmaya.com


Khusainikusi: Segalanya bermula dari hari dan diri...:)