Wednesday, November 7, 2012

Puisi Buat Wanita Yang Bercerai

Assalamualaikum dan salam sejahtera






Sering kali kita mendengar hanya pujian dan juga ucapan tahniah sahaja yang akan didengari apabila dua pasangan menjalani proses perkahwinan akan tetapi jarang sekali kita mendengar ucapan serta alunan pembimbing untuk salah satu pihak apabila telah menjalani proses perceraian. Kasihan pada mereka terutama kepada kaum wanita yang menjalani proses-proses perceraian. Ini kerana ia akan bertambah pahit dan perit apabila seorang wanita itu terpaksa menjalani dan menanggung perceraian itu seorang diri jika ia berpunca dari seroang lelaki yang bernama suami...kesian~~~Ini kerana sepanjang Khusainikusi membaca kes-kes yang ada difailkan Mahkamah ada juga sebahagiannya lelakinya begitu.Oleh bacalah serta hayatilah puisi ini :-


Wanitaku sayang,
Jangan sesekali berasa lemah,
Perceraianmu terkandung hikmah,
Ia bukan tanda kau bersalah,
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.

Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
... Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.

Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.

Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.

Wanitaku sayang,
Meskipun mereka insan ternama,
namun perceraian tetap menerpa,
itu tanda engkau dan suamimu tidak hina,
masing-masing ada sebabnya.

Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.

Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?

Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.

Wanitaku sayang,
Tika kau yang mulakan perceraian,
Ia rukhsah yang dimaafkan,
Selagi alasanmu bukan sebarangan,
Tegakkan hak Allah dalam ketaatan.

Wanitaku sayang,
Tika kau tekad inginkan perpisahan,
Kau berhak singkirkan kesengsaraan,
Berhikmahlah mengambil kelonggaran,
Menadah tangan, pohon keredhaan.

Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja.
 
 
Khusaikusi: Terkadang kita kena pandang dari sudut yang lain...Tak gitu..???

Saturday, November 3, 2012

Pernikahan Farid dan Diana Daniel

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Hanya Maniam mengenal Manikam...Bagai Pinang dibelah dua dan pelbagai lagi bidalan yang dikira bersesuai dengan pasangan yang secucuk digandingkan . Begitulah bidalan ini sesuai ditujukan kepada pasangan yang baru sahaja mengikat tali perkahwinan diatas dua jiwa yang telah bersatu iaitu kepada Farid Kamil dengan pasangannya iaitu Diana Danielle. Yang mana telah dilangsungkan secara sederhana Hotel Flamingo.


Ini lah gambar sepanjang majlis pekahwinan:







Nak lebih lanjut mengenai merpati dua sejoli ini boleh tonton di Astro pada jam 9 malam dalam liputan eksklusif Perjalanan Cinta Diana Danielle dengan Farid Kamil ....Tonton dan hayatilah perjalanan cinta mereka.

Sumber gambar :beautifulnara.com


Nervous Nak Praktikal...

Assalamulaikum dan salam sejahtera....

Perasaan nervous akan sesuatu bidang dan pekerjaan yang baru diceburi sudah semestinya boleh meningkatkan kadar adrenal dalam diri seseorang itu terutama kalau first time. Hal ini juga turut sama dirasai oleh Khusainikusi sebab hari isnin nie akan menjalani satu pengalaman dalam bidang pekerjaan..entah camne lah pandangan mereka-mereka terhadap Khusainikusi nie...Tpi berharap boleh jadi member2 nanti...





Jadi kalau nak nampak cam boleh masuk n boleh join sekali..Khusainikusi boleh lah kongsi sikit2 lifestyle diorang cmne menceburi bidang pekerjaan terutamanya dalam bidang yang melibatkan bidang perundangan nie...

Oppss...lupe plak nk bagitaw sebenarnya Khusainikusi akan bertugas di sebuah firma guaman yang terletak  Seksyen 19 di Bandar Baru Bangi yang mana dekat aje Kajang...nanti kalau free2 boleh lah datang kt sini boleh pi makan sate Kajang yang orang cakap best sangat tue...

Disepangjang Khusainikusi berpraktikal kat firma guaman ini ada 3 orang sahabat Khusainkusi yang turut menemani bersama..Tq to Wan Abdullah, Nur Islami, Muhamad Iezhar sbb invite as ur partner dalam praktikal nie. Selama 2 bulan nie kita akan bakal mengharungi pengalaman yang sangat berharga nie...nanti boleh share2 sikit apa ilmu yang ada dada tue yer....

Yang paling nanti kami telah dijanji oleh Tuan Punya firma untuk dibawa ke mahkamah bersama ..wah mesti seronok dapat masuk masuk...Sebenarnya dah lama dah berhajat nak masuk mahkmah...dari kecik lagi baru sekarang dapat masuk...mesti best..tengok Hakim duduk dengan megahnya duduk di kerusi beliau..para peguam yang bijaksana dengan segala statut dan bukti yang ada kat hadapan meja yang telah tersedia ada dihadapan mereka.Melihat OKT ( Orang Kena Tuduh), pihak bertikai dan respoden dengan muka yang ketakutan, keceriaan serta pengharapan * wah cam tahu2 jer...

Tapi yang paling penting ialah pengalaman yang berguna dan berharga yang patut dikutip di sepanjang menjalani praktikal...Doakan yang terbaik untuk Khusainikusi dan rakan2...


Khusainikusi: Nervous nie...Aduhai...