Saturday, January 19, 2013

Respect & Negotation itu penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah lama rasanya Khusainkusi tidak menjengok dan menerjah blog yang paling disayangi 'sangat' nie...keterbatasan waktu dan hal2 lain menyebabkan khusainikusi terpaksa meninggalkan sebentar arena blogging ini...tapi tidak bermakna meninggalkan terus ye...cuma kalau terkadang menjenguk lah gak sekali sekala.Oho ~~~ Nie yang malas khusainikusi malas nak wat mukaddimah nie mesti rasa nak melalut panjang je pastu berbunga tahi ayam pulak...hahahaha

Ok straight to the point...ekceli baru-baru nie khusainikusi dapat seorang customer nie yang terlalu lah cerewet perangainya.Kalau bayar servicenyer tu baguslah..tapi haremm..x bayar pun..pastu nak suruh uruskan hal ehwal dia yang bagus2 aje...yang tak boleh tahan siap pantau lagi keje kiteorang ..sebab takut kiteorang tak buat keje..padahal pada ketika dan masa itu kami memang sedang menguruskan urusan beliau...Harap bersabar sikit ye kak...terkadang apabila pihak kami dah siapkan kerja yang diminta oleh pelanggan kami, pihak yang diatas sana pula tak settle kan kami punyer fail...bersangka baik mereka juga sibuk....

Nilai yang boleh diambil bila kita meminta tolong kepada seseorang tu hendaklah kita bersabar ....selaku pelanggan terkadang hendaklah bersabar...iye memang tidak dinafikan costumer is always right tetapi ia juga bergantung juga kepada keadaan. Permintaan haruslah sejajar perkhidmatan...ni tak... mintak yang melampau untuk ditunaikan ...kalau ditunaikan sekalipun hendaklah kita bersabar hendaknya... seperti contoh kita mintak tolong kat member kita pastu  tanpa bayaran hendaknya kita bersabar ketika mana dia sedang menguruskan urusan kita itu..dah kita minta tolong free pastu kita paksa-paksa pulak...wajarkah? atau memang suka dipaksa sebegitu...?



Oleh itu, satu nilai yang perlu diterapkan apabila kita jadi seorang costumer dalam mana perkhidmatan yang kita nak ambil...pastikan kita respect diorang dahulu buat kerja dan bagi kerjasama. Jika ada sebarang penambahbaikan sila tanamkan dalam diri tue nilai tolak ansur sikit...Tak percaya ...ia memang terbukti..sungguh tak tipu.. sesetengah costumer yang datang ke tempat Khusainikusi bekerja, mereka-mereka yang ada sifat sebegini kes dan urusan memang cepat selesai dari costumer yang banyak songeh dan kerenah....

Jika kita senang dengan kita, kerja yang dibuat pun senang diuruskan. Jika orang lain tidak berapa senang dengan kita ...korang faham2 lah sendiri...lambatlah urusan korang...oleh sentiasa bertolak ansur dan hormat menghormati walaupun kita datang kepada seseorang tersebut sebagai seorang costumer walaupun ada keadaan-keadaan yang tak boleh jadikan kita sabar...


 Khusainikusi : Tengah bosan2 nie..tak tahu  nak buat ape...


6 ulasan:

ibnuismaini said...

Susah jugak dpt customer yg cerewet dan kuat mendesak. Tekanan dibuatnya. Sabarlah ya.

nae nematoda said...

yep , customer is always right... yg selalu salah kita je r... nak marah , x boleh , sebab dia uh 'customer'..

MyFreeMinded said...

Memang betul pun, ingat lagi masa belajar dulu, saya rajin buat part time, biasa kat resort, biasanya customer local kita lagi cerewet dari pelancong.. tapi ialah ragam manusia, yang elok kita tiru, tak elok kita jadikan contoh untuk tidak jadi camtu.. :) Hi, salam berkenalan.

fadh leyanie said...

respect tu penting,kalau takde nilai respect org lain pn ssh nk respect kita.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Bunda_nora said...

assalam, betul tu walaupun kita terpaksa menghadap customer yg berbagai...yang pasti pengalaman tu...ini bakal mebuka jalan jika ada peluang untuk kearah itu..