Thursday, March 17, 2011

aduh selsema pulak

salam ...lme sudah x bukak blog nie...al maklumlah skrang nie sibuk ngan pekse and assigment ...so trpkase lah restkan blog nie....

sekarang nie banyak kejadian yang berlaku kat dunia trutamanya bencana alam...seperti contoh bencana yang berlaku kat jepun baru2nie....kesian kat diorg...

kat malaysia pon byk gak kejadian yang berlaku ...contohnye hujan lebat yang tnpa henti brlaku kat malaysia nie ....kesannya ramai lah plak org dapat selsema trmasuklah aku...hahahaha

so kat sini nk bgi skit petua cmne lah plak nk hilangkan penyakkit nie cara ialah:

Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).


Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

pokok sirih





2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

gambar kunyit hidup



2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.


Selamat Mencuba!

0 ulasan: