Friday, April 20, 2012

Dengki






 



Bertemu kembali dalam blogku ini yang tidak seberapa ini... Hari ini rasa macam nak post entry jer....baru dapat modal nak menaip jadinya jangan lepaskan peluang ni....sebelum kita membebel lebih lanjut mengenai dengki ini marilah kita melihat apa yang dimaksudkan dengan pengertian dengki itu sendiri. Dengki membawa maksud dengki kedengkian kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat, niat jahat yang terpendam terhadap seseorang (disebabkan perasaan iri hati)menurut DISINI lah...Jika dilihat memang kebanyakkannya pengertian dengki kebanyakkannya akan menjurus kepada pengertian yang kurang baik...YA~~itu juga tidak dinafikan...akan tetapi dengki juga ada kebaikannya.Ringkasnya dengki ini juga secara kasarnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang baik dan yang tak baik
KAlau membincangkan yang tak baik memang satu dunia tahu kategori2 dengki...Contoh terdekat yang boleh diambil dari keadaan persekitaran kita adalah dengki tengok kemewahan jika sebelah mulalah esoknya nak pergi jumpa bomoh ( hahaha nie cume contoh semata-mata yang terasa tue memang nak bagi terasa pon...hihihi) ..aisshhh banyak lah perbuatan dengki kalau cerita kat sini belum confirm lagi akan habis... Tapi dari sudut yang lain ..dengki itu juga merupakan sesuatu yang membina dan menjadi pemangkin...seperti contoh yang terdekat kalau kita dalam industri pekerjaan ker @ pendidikan...( sebab penulis blog nie masih lagi seorang student) kalau kalau tengok kawan kita dapat kedudukan yang istemewa @ tertinggi dalam kelas ker @ kat tempat kerja ker...ia akan satu motivasi kepada kita nak berusaha bersungguh-sungguh nak jadi macam orang tue gak...dan merupakan satu persaingan yang sihat....
"Sesungguhnya dapat dibezakan antara orang berilmu dengan yang tidak yang berilmu" .Kalau kita manusia yang pandai kita mesti takkan buat perbuatan dengki mendengki nie yang mana akan membinasakan orang nie...nanti yang ruginyer bangsa kita sendiri jugak...so pandai2 fikir....Waalahualam...


 P/S : Jangan dengki sangat...sesuatu yang ada kat dalam dunia semuanya sementara...

0 ulasan: