Thursday, March 24, 2011

Duhai Hujan

Sejak akhir2 nie ... Malaysia sering kali dilanda hujan lebat yg berpanjagan ..takut gak kalau2 banjir kan semua perkara jadi trbantut.Selaian daripada itu juga dlm keadaan ini juga penyakit yang tidak diingini juga boleh juga berlaku kalu kita x ambil langkah berjaga2.

Oleh saye dengan ini trpanggil untuk memberitahu kepada tuan2 dan puan apa langkah yg perlu diambil mase musiam hujan ini ...( Chewah macam pensyarah plak aku yek).

Ok inilah langkah2nyer sila ikut kalu nk hidup ngan lebih sihat ...hehehehe...

1. Memastikan bekalan air minuman dan makanan adalah bersih dan tidak tercemar.

2. Menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah merata-rata.

3. Memastikan pengudaraan yang mencukupi bila menggunakan ‘generator’ atau peralatan yang menggunakan kuasa minyak seperti pam air bagi mengalirkan air banjir. Gas ekzos dari peralatan tersebut mengandungi karbon monoksida yang boleh menyebabkan sakit teruk dan kematian.

4. Mendapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda radang perut dan usus (gastroenteritis) seperti demam panas, sakit perut, cirit-birit, dan muntah.

5. Mengurangkan tempat-tempat pembiakan nyamuk seperti air yang bertakung di dalam pasu dan longkang;


Hah!!! tulah langkahnyer. Kita semua dah taw dari kecik lagi perkara nie ...tpi nk ulangkan n igatkan bayak kali jer....kan bagus...Manusia kan selalu lpe kan??? Oleh itu wajar lah kita sesama insan mengingati satu sama lain ....ahaks ..That all 4 today ...nnti kita sahre lagi yer ...Tata....

Thursday, March 17, 2011

aduh selsema pulak

salam ...lme sudah x bukak blog nie...al maklumlah skrang nie sibuk ngan pekse and assigment ...so trpkase lah restkan blog nie....

sekarang nie banyak kejadian yang berlaku kat dunia trutamanya bencana alam...seperti contoh bencana yang berlaku kat jepun baru2nie....kesian kat diorg...

kat malaysia pon byk gak kejadian yang berlaku ...contohnye hujan lebat yang tnpa henti brlaku kat malaysia nie ....kesannya ramai lah plak org dapat selsema trmasuklah aku...hahahaha

so kat sini nk bgi skit petua cmne lah plak nk hilangkan penyakkit nie cara ialah:

Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).


Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

pokok sirih





2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

gambar kunyit hidup



2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.


Selamat Mencuba!