Friday, February 22, 2013

Kisah tentang CINTA


Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECATIKAN, KESEDIAH, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau berusaha selamatkan diri.

Cinta sangat kebingungan sebab tak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. I berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

" KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN, " Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN.

" Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu sekali, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

" KEGEMBIRAAN! Tolong aku!, teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana menemukan perahu sehingga ia langsung tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi kaki CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama datanglah KECANTIKAN.

" KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!, teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, " Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut bersamaku. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lalulah KESEDIHAN. Lalu CINTA memujuk.

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu," kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, " Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..." kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perayunya.

Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, " oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itu itulah tiba-tiba terdengar suara, " CINTA ! mari cepat naik perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat orang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke arah perahunya itu, tepat sebelum sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkannya.

Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. " Oh, orang tua tadi? Dia  adalah waktu " WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya " Tapi, mengapa ia menyelematkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, " hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu...."


Khusainikusi: CINTA kepada Allah, Rasul, Ibu Bapa, Ummah, Kecemerlangan...Mari kite semua cinta semua sekali


Tuesday, February 19, 2013

Bisness kecil jangan pandang remeh

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Sedar diri khusainikusi dah lama tak menulis entry yang terkini...alahai banyaknyer lah komitmen tapi macam alasan aje buat khusainikusi....Tapi sekarang nie rasanya dah macam free aje..so mula lah timbul lah idea2 nak menaip semula...Hokey tajuk yang terpancul dalam kepala khusainikusi nie ialah " Jangan memandang rendah bisnes yang kecil " kenapa nak bincang mengenai hal ini..?? Sebab ada sebilangan kita berpandangan sebegitu...padahal dari sudut lain walaupun kecil dan sedikit diusahakan tetap mendatangkan hasil daripada takde langsung lagilah hampehhhh....





Kebanyakan orang yang berfikiran sebegini apabila ingin memulakan sesuatu perniagaan itu dalam fikiran diorang pasti nak mulakan bisnes yang besar2 aje, yang gempak2 , tempat yang highclass dan something yang nampak luxury...padahal bajetnyer ciput aje..last2 perancangan tersebut tergendala paling2 tidak terhenti terus.

Ini adalah merupakan impian dan gambaran yang salah, jangan memandang remeh bentuk perniagaan camni. Sebab semuanya bermula dari kecil dan akhirnya akan menjadi besar. Cuba kita lihat tokoh2 yang maju dalam bidang perniagaan lihat pada background diorang semuanya bermula dari bese2 aje. Nah tengoklah sekarang makan pun tak habis.

Persoalan mengapa Khusainikusi bergitu serius dan agak sentap menceritakan hal ini. Ini kerana bentuk peniagaan yang simple2 seperti jual pisang goreng di tepi-tepi jalan, jual burger dan macam2 lagi lah jenis perniagaan yang simpe boleh digambarkan oleh kita sering kali dipandang remeh dan bese2 saje...alasannya kurang enak, kotor dan kurang berkualiti...Ini adalah pandangan yang meleset sama sekali, mungkin ada sebilangan pengusaha kurang perihatin tapi ada je yang menjaga giler aspek2 sebegini...Oleh itu kita tidak boleh melabelkan semuanya begitu.

Luahan dan kesedaran ini telah muncul dalam diri bila mana Khusainikusi mula menyedarinya setelah buat kerja sambilan dalam sektor perniagaan ini dan akhirnya Khusainikusi faham bagaimana "mereka" rasa. Jangan bimbang atau risau untuk capai kejayaan bagi sesapa2 yang mula2 menjinakkan diri perniagaan sebegini, manalah taw dulu kedai kecil2 aje pastu dah berapa tahun ...amek kau~~~ bertambah maju..sape tahu..?? berkat kegigihan dan tidak putus asa itu jangan sesekali dipisahkan.

Harap dengan statement  yang tak seberapa sebegini dapat memotivasikan diri dan diri pembaca semua. Biar bentuk perniagaan itu kecil asalkan untungnya tidak putus,biar sedikit asalkan berkat. Sedikit lama2 berjaya..Sekian

P/S : sapa nak beli Kebab Turki Khusaini buat..?? sedap woo~~~~